Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
ILO
Definisi :
kep International Labour Organization (Pertubuhan Buruh Antarabangsa).
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
ILO
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(1)
Istilah MABBIM
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(3)
Artikel Majalah
(1)
Ensiklopedia
(1)
Buku
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
International Labour Organization (
ILO
)
Pertubuhan Buruh Antarabangsa
Sains Politik
Hubungan Antarabangsa
Pertubuhan khusus PBB beribu pejabat di Geneva yang ditubuhkan oleh Perjanjian Versailles pada tahun 1919 dan menjadi agensi PBB pada tahun 1946. Pertubuhan ini berjuang untuk memperbaik keadaan buruh, meningkatkan taraf kehidupan dan keadilan sosial. Antara usaha antarabangsa yang dilakukan adalah memperbaik syarat waktu bekerja, gaji yang mencukupi, perlindungan pekerja terhadap penyakit dan kecederaan semasa bekerja, perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak, serta perlindungan bagi pekerja yang bekerja di luar negara. Selain itu, pertubuhan ini juga menerbitkan bahan yang mengandungi perangkaan buruh dan nasihat kepada pekerja. Pertubuhan ini mempunyai persidangan umum yang terdiri daripada wakil negara anggota dan badan yang memerintah terdiri daripada 56 ahli (28 ahli mewakili kerajaan, 14 ahli mewakili majikan dan 14 ahli mewakili pekerja). Pertubuhan ini dibiayai dengan sumbangan daripada 175 buah negara anggotanya. Sinonim
ILO
.
International Labour Organization
ILO
Sains Politik
Hubungan Antarabangsa
Lihat Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
international organization
pertubuhan antarabangsa
Undang-undang
Undang-undang Antarabangsa
Pertubuhan yang diwujudkan oleh negara-negara melalui satu triti antarabangsa, misalnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan antarabangsa mempunyai keperibadian undang-undang antarabangsa. Pertubuhan antarabangsa diwujudkan bagi tujuan umum atau tujuan khusus. Pertubuhan yang mempunyai tujuan umum seperti PBB menggalakkan kerjasama politik, ekonomi, sosial, ketenteraan dan kebudayaan, manakala pertubuhan yang mempunyai tujuan khusus seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (
ILO
) memberikan tumpuan kepada hak pekerja.
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...