Iceland spar | spar Iceland | Fizik | Tiada | Tiada |
Iceland spar | spar Iceland | Geografi | Tiada | Tiada |
Iceland spar | spar Iceland | Geologi | Tiada | Variti kalsit yang lut sinar dan sangat tulen, menunjukkan biasan duaan yang kuat apabila terbelah di sepanjang muka hablur semula jadinya, dan terdapat di dalam rongga pada batuan igneus dan sebagai bintil di dalam lempung sisa di kawasan batu kapur. |
Icelandic low | tekanan rendah Iceland | Geografi | Tiada | Tiada |
sandar | dataran lanar air batu | Geografi | Tiada | Istilah Iceland untuk suatu dataran cairan glasier yang mengandungi bahan glasiofluvium. |
icelandite | aislandit | Geologi | Tiada | Lava perantaraan di gunung berapi Thingmuli, Iceland. yang mempunyai kandungan aluminium yang rendah tetapi kandungan besi yang tinggi dan fenokris mafik yang lebih sedikit berbanding dengan andesit kalk-alkali. |
saga novel | novel saga | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk prosa yang menceritakan tentang lagenda dan sejarah perjuangan wira yang menjadi ahli dalam sebuah keluarga penting yang berasal dari Iceland dan Scandinavia. |
saga | saga | Kesusasteraan | Tiada | Kisah legenda yang panjang tentang salasilah raja yang hebat, pahlawan, dan sesebuah keluarga. Saga sering disampaikan secara lisan tetapi mula dirakamkan secara bertulis pada abad ke-12. Saga sering dikaitkan dengan cerita dari Iceland dan negara Scandinavia. Saga mengandungi ciri-ciri ghaib, watak mitos atau watak yang berdarjat tinggi. Pada masa sekarang, istilah saga digunakan untuk merujuk kepada mana-mana legenda atau kisah yang melibatkan pengalaman dan kejayaan yang cemerlang dan menakjubkan. Contoh saga dari Scandinavia ialah Heimskrigla Saga yang menceritakan Raja Norway yang awal. Contoh dalam kesusasteraan Melayu ialah Silsilah Melayu dan Bugis yang meriwayatkan pengembaraan dan kehebatan wira-wira Bugis. Dalam sastera Arab, saga terdapat dalam trilogi Najib Mahfuz yang tersohor berjudul Bayn al-Qasrayn, Qasr al-Sharq, dan al-Sukkariyah. |
North Atlantic Treaty Organization (NATO) | Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1949.Pertubuhan ini merupakan reaksi Barat terhadap ancaman yang diterima daripada Kesatuan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pertubuhan ini pada asalnya mempunyai 12 anggota, iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kanada, Itali, Belanda, Belgium, Luxembourg, Denmark, Iceland, Norway dan Portugal. Keanggotaannya diperluas meliputi Greece, Turki (1952), Federal Republic of Germany (1955) dan Sepanyol (1982). Anggota pertubuhan ini bersepakat menganggap bahawa sebarang serangan terhadap mana-mana anggota sebagai serangan terhadap semua negara. Setiap anggota bertanggungjawab menolong anggota yang diserang sebagaimana yang diperlukan bagi memulihkan keselamatan kawasan Atlantik Utara. Setelah berakhirnya Perang Dingin, pertubuhan ini masih lagi dianggap relevan dan diperlukan oleh negara anggotanya. Sinonim NATO. |
Organization for Economic Cooperation and Development (OECD); | Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | O rganisasi ini ditubuhkan pada tahun 1961, menggantikan Organisasi Kerjasama Ekonomi Eropah yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Organisasi ini ditubuhkan untuk menyelaras Rancangan Marshall yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Organisasi ini mempunyai 29 negara anggota, iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, Czechoslovakia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Great Britain, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat. Negara anggota organisasi ini mengadakan kerjasama untuk meningkatkan ekonomi, memberi bantuan kepada negara yang belum maju dan menyumbang kepada perluasan perdagangan dunia. Agensi yang beroperasi di bawah organisasi ini ialah Pusat Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi, Pusat Pembangunan dan Agensi Tenaga Nuklear Eropah yang kesemuanya beribu pejabat di Paris. Sinonim OECD. |