Anglo-Chinois style | gaya Cina-Inggeris | Landskap | Tiada | Gubahan atur taman ya ng mempunyai kombinasi taman Inggeris dan taman Cina dan popular di Eropah suatu masa lalu. Lihat juga taman Inggeris dan taman Cina. |
chicken broth | brot Inggeris | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sup istimewa Inggeris. |
black English | bahasa Inggeris orang hitam | Sosiolinguistik | Tiada | Bahasa Inggeris yang digunakan di kalangan penutur kulit hitam di Amerika Syarikat. |
Anglo-Irish Literature | Kesusasteraan Irish-Inggeris | Kesusasteraan | Tiada | Kesusasteraan keturunan Inggeris-Ireland di England. |
Anglo-Norman Period | Zaman Norman-Inggeris | Kesusasteraan | Tiada | Zaman Norman Inggeris iaitu dari tahun 1100 hingga 1350 apabila dialek Perancis menjadi daya penggerak kesusasteraan di England sesudah bahasa Latin. |
a l'Anglaise | ala Inggeris | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Makanan yang dimasak mengikut cara Inggeris, contohnya campuran telur, air dan minyak dan serbuk perasa untuk menyalut makanan dan kemudiannya disalut pula dengan serbuk roti. |
English wrap | jaket Inggeris | Kesenian | Tiada | Jaket pendek longgar dubel-bres yang berkolar atau berkerudung. Dipakai oleh lelaki Inggeris pada pertengahan abad ke-19. |
English coat | kot Inggeris | Kesenian | Tiada | Jaket dubel bres paras paha, berkolar lapel dan berkocek tutup, pakaian wanita Inggeris pada tahun 1890-an. |
anthem | antem | Muzik | Tiada | Komposisi koral Inggeris yang dinyanyikan dalam upacara gereja Protestan atau Anglikan. Teks antem adalah dalam bahasa Inggeris dan kandungan biasanya dipetik daripada Kitab Injil. |
English walking jacket | jaket siar Inggeris | Kesenian | Tiada | Jaket bres tunggal, berkolar lapel, longgar bahagian hadapan, sama sendat pada garis pinggang bahagian belakang, dan kembang ke kelepet untuk membentuk peplum dan mempunyai lengan bermanset lebar berlipat, dipakai oleh wanita Inggeris pada tahun 1870-an. |