ahkam Islam | hukum Islam | Perniagaan Islam | Tiada | Perintah, suruhan atau larangan yang ditujukan kepada manusia. Hukum Islam ialah syariat Allah yang meliputi hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Sumber hukum Islam yang disepakati ialah al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak dan qias. |
quasi government Islamic bond | bon Islam separa kerajaan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bon Islam yang diterbitkan oleh Khazanah Nasional Berhad. Bon ini digunakan sebagai tanda aras peletakan harga jualan bagi sekuriti hutang Islam. Bon Islam separa kerajaan ini diterbitkan bagi tujuan pembiayaan jangka sederhana dan jangka panjang dengan menggunakan prinsip berasaskan hutang. Contohnya, bon kupon sifar. Sinonim bon khazanah. |
Islamic banking system | sistem perbankan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan hukum Islam. Semua urus niaga adalah berdasarkan syariah dan menggunakan kaedah fiqh. Sistem perbankan Islam di Malaysia pada awalnya kenali sebagai sistem perbankan tanpa faedah (SPTF). Sistem ini bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada 1983. Pada 1993, bank konvensional juga dibenarkan menawarkan produk dan kewangan Islam melalui jendela Islam. Bermula pada 2005, bank konvensional dibenarkan menubuhkan subsidiari perbankan Islamnya sendiri. Terdapat tiga fungsi utama penubuhan perbankan Islam iaitu pertama, menerima simpanan daripada pelanggan seperti akaun semasa dan akaun simpanan yang berasaskan akad al-Wadi’ah Yad al-Damanah. Kedua, mengeluarkan kemudahan pembiayaan seperti pembiayaan pembelian rumah atau kereta yang menggunakan akad Bai’ Bithaman ‘Ajil. Ketiga, menyediakan perkhidmatan kewangan seperti pertukaran mata wang asing (al-Sarf), kiriman wang dan kemudahan pembayaran gaji. Perbankan Islam juga menawarkan pelbagai produk lai |
Islamic financial market | pasaran kewangan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pasaran yang berurus niaga dengan instrumen kewangan Islam, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Pasaran ini boleh dibahagikan kepada pasaran modal Islam, pasaran wang secara Islam dan pasaran pertukaran asing. Kewujudan pasaran ini memerlukan infrastruktur seperti undang-undang, garis panduan dan tempat urus niaga. Pasaran ini menentukan jumlah tabungan dan menentukan kadar pulangan serta harga instrumen kewangan. |
jizyah | cukai kepala/jizyah | Perniagaan Islam | Tiada | Cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam di negara Islam sebagai jaminan keselamatan. Cukai ini dikenakan selagi individu tersebut tidak memeluk agama Islam. Kadar cukai dikenakan mengikut kemampuan mereka atau berdasarkan budi bicara kerajaan. Pembayar jizyah mempunyai hak yang sama dengan penduduk beragama Islam. Sinonim kharaj jizyah. |
Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) | Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi pajak gadai Islam pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada Januari 1992 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. Penubuhannya berteraskan konsep rahnu dan qardul hasan. Fungsi awal penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah caj kadar bunga tinggi yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional di samping mengelakkan riba. |
corporate Islamics bond | bon Islam korporat | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bon Islam yang diterbitkan oleh syarikat korporat yang mempunyai modal berbayar melebihi nilai tertentu. Bon ini merupakan salah satu bentuk pembiayaan hutang syarikat yang dikeluarkan berasaskan akad tertentu seperti bai‘ bithaman ajil, murabahah, mudarabah, musyarakah dan qardul hasan. Tempoh matang minimum ialah tiga tahun dan maksimum selama 20 tahun. Bon ini akan diberikan taraf yang berbeza oleh agensi penarafan berdasarkan kedudukan kewangan syarikat. Sinonim sekuriti hutang swasta Islam. |
Amanah Saham Bank Islam | Amanah Saham Bank Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Dana unit amanah Islam yang dikelolakan oleh BIMB Holdings Berhad. Tujuannya adalah untuk menyediakan ruang saluran bagi pelabur mengumpulkan dana yang diuruskan oleh BIMB Securities Sdn. Bhd. dan melaburkannya dalam syarikat yang diluluskan oleh syariah. |
callable Islamic bond | bon Islam boleh panggil | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bon Islam yang boleh diminta untuk ditebus semula oleh pengeluar sebelum tarikh matang. Hal ini bermakna, pengeluar mempunyai hak untuk membeli semula bon terbitannya apabila dikehendaki walaupun sebelum tarikh matang. Langkah ini biasanya dilakukan apabila pengeluar tersebut ingin mengambil kesempatan daripada harga rendah bon di pasaran. Tindakan ini bertujuan untuk mengurangkan kos penebusan semula di akhir tempoh matang. Contohnya, sukuk ijarah. |
Islamic unit trust scheme | skim unit amanah Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Dana pelaburan kolektif yang menawarkan kepada pelabur peluang untuk melabur dalam pelbagai portfolio sekuriti patuh syariah. Skim ini diuruskan oleh pengurus dana profesional yang berkhidmat dengan syarikat pembrokeran Islam. Bagi memastikan perlaksanaan skim ini mematuhi prinsip syariah, syarikat dikehendaki melantik jawatankuasa penasihat syariah. Keperluan melantik jawatankuasa ini terkandung dalam garis panduan Dana Unit Amanah. Contoh skim unit amanah Islam ialah dana ekuiti Islam, dana bon Islam dan dana KLSI. Sinonim unit amanah Islam. |