administrative agency | agensi pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan atau organisasi yang diwujudkan untuk melaksanakan tanggungjawab pentadbiran. Agensi ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu agensi pusat dan agensi mengurus. Agensi pusat bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal perjalanan agensi mengurus. Contoh agensi pusat ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU), manakala agensi mengurus ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS). Agensi mengurus pula berperanan melaksanakan perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan dalam melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat. Bagi memastikan agensi mengurus bertindak dengan cekap dan berkesan, maka agensi pusat bertanggungjawab menyediakan beberapa keperluan dalam mengawasi perjalanan agensi tersebut. |
human resource information system (HRIS) | Sistem Maklumat Sumber Tenaga Manusia | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis sistem maklumat pengurusan yang direka bentuk untuk mengurus sumber manusia sesebuah organisasi. Sistem ini menyimpan data peribadi, rekod perkhidmatan, latihan, kesihatan, kepakaran dan kelulusan akademik. Kadang kala dirujuk sebagai sistem maklumat staf atau sistem maklumat kakitangan. Contohnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggunakan sistem HRMIS untuk menguruskan kakitangan kerajaan. |