local road | jalan tempatan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
boulevard | boulevard | Kesenian | Seni Bina | Laluan atau jalan raya utama yang dibina dengan ciri-ciri khusus seperti lurus, lebar dan panjang sebagai penghubung dengan mercu tanda utama. Laluan tersebut merentasi pusat bandar dan biasanya dihiasi dengan pokok-pokok hiasan dan laluan pejalan kaki. Laluan tersebut juga sering digunakan untuk acara tertentu seperti perarakan dan perbarisan sama ada di peringkat tempatan, negeri atau kebangsaan. Sinonim lebuh hias. |
frost heaving | penyembulan ibun | Sains | Hidrometeorologi | Penjulangan permukaan oleh tindakan dalaman ibun yang hasil lampaunya ialah busut ibun. Kebanyakan penyembulan ibun didapati terhasil daripada pertumbuhan jisim berkanta ais dalam tanih. Kanta ais ini tumbuh melalui proses pemejalwapan dan juga dengan cara peleburan dan pembekuan semula. Ini dapat meningkatkan daya julangan yang kuat ke atas tanih, batuan, tiang dan kaki lima jalan yang ada di atasnya. Di kawasan luar kota yang mempunyai til glasier, batuan sembulan ibun kelihatan di permukaan setiap musim bunga. Keadaan tempatan yang membolehkan berlakunya konduksi haba dengan baik melalui batuan bawah permukaan di musim sejuk dapat memudahkan penumbuhan kanta ais di bawah batuan berkenaan. |