Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata KJ


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
subbituminous coalbatu arang subbitumenKimiaTiadaSinonim : lignit hitam Batu arang yang berwarna hitam, tidak begitu berkilau dan mempunyai nilai kalori antara 8,440 KJ dengan 11,606 KJ. Batu arang ini berdarjat antara lignit dengan batu arang bitumen. Batu Arang ini boleh digunakan dalam pembakaran kok untuk menghasilkan gas pengeluar.
subbituminous coalbatu arang subbitumenKejuruteraanPetroleumSinonim : lignit hitam Batu arang yang berwarna hitam, tidak begitu berkilau dan mempunyai nilai kalori antara 8,440 KJ dengan 11,606 KJ. Batu arang ini berdarjat antara lignit dengan batu arang bitumen. Batu Arang ini boleh digunakan dalam pembakaran kok untuk menghasilkan gas pengeluar.
basal metabolism ratekadar metabolik asasVeterinarTiadaKadar tenaga yang diperlukan oleh tubuh ternakan dalam keadaan rehat sepenuhnya. Kadar ini hendaklah diukur semasa ternakan tersebut dalam keadaan rehat sepenuhnya, berada dalam keadaan termoneutral dan telah berpuasa selama 12 jam. Kadar ini dinyatakan sebagai unit kJ/ W 0.75. KJ ialah kilojoule dan W ialah berat tubuh.
homolytic dissociationpenceraian homolitikKejuruteraanPolimerPenceraian gelang pemula yang bertenaga ceraian gelang di antara 100 hingga 170 kJ/mol untuk menghasilkan radikal secara terma bagi memulakan pempolimeran.
lattice energytenaga kekisiKimiaTiadaPerubahan tenaga apabila ion-ion gas bergabung membentuk 1 mol hablur. Misalnya, tenaga kekisi bagi kalium bromida ialah ‒679 kJ/mol. Nilai tenaga kekisi berbeza bagi setiap hablur kerana terdapatnya daya elektrostatik yang berbeza di dalam setiap kekisi.
tons of refrigerationtan penyejukanKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit ukuran kapasiti penyejukan yang bersamaan dengan 3516.85 watt, iaitu kadar penyerapan haba pada 12 000 utB atau 12 660 kJ/jam. Nilai ini hampir sama dengan kadar haba yang perlu dibuang untuk membekukan 1 tan air pada 32�F per hari. Tan penyejukan merupakan kuasa kebanyakan alatan penyejukan.
bond energytenaga ikatanKimiaTiadaTenaga yang diperlukan untuk memutuskan ikatan di dalam molekul. Tenaga ikatan boleh ditentukan daripada haba pembakaran, tindak balas kimia atau secara spektroskopi. Tenaga ikatan bergantung pada jenis ikatan yang membentuk molekul. Misalnya, tenaga ikatan C-F di dalam CH3F ialah 452 kJ/mol, manakala di dalam CF4 ialah 485 kJ/mol. Bagi sebatian, tenaga ini juga disebut tenaga penguraian ikatan. Bagi unsur, tenaga ikatan adalah dua kali tenaga pengatoman.
nuclear fissionpembelahan nukleusKimiaTiadaPemecahan nukleus berat kepada dua pecahan yang lebih ringan. Proses ini boleh berlaku secara spontan atau aruhan oleh tangkapan neutron. Misalnya, Proses pembelahan nukleus membebaskan tenaga yang sangat banyak, misalnya dalam contoh di atas, 2 x 1010 kJ/mol tenaga dibebaskan. Tindak balas biasanya merupakan tindak balas rantai kerana bagi setiap yang ditangkap, dijanakan. Pembelahan nukleus berlaku bagi nukleus yang mempunyai nombor jisim lebih tinggi daripada ferum. Bdg. pelakuran nukleus. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 134 Pembelahan nukleus
hydrogen bondikatan hidrogenKimiaTiadaTarikan antara molekul yang wujud di antara atom hidrogen (dalam ikatan kovalen berkutub) dengan atom elekronegatif seperti oksigen, nitrogen atau fluorin yang terikat pada molekul lain. Ikatan ini terdapat antara molekul seperti H2O, NH3, HF dan protein. Kekuatan ikatan hidrogen ialah 5 – 25 kJ mol-1, iaitu lebih lemah daripada ikatan kovalen atau ion, tetapi lebih kuat daripada daya Van der Waals.
endothermicendotermaKimiaTiadaBerkaitan dengan proses atau tindak balas kimia yang menyerap haba dari persekitaran luar. Misalnya, pembakaran gas nitrogen merupakan tindak balas endoterma kerana haba persekitaran luar diserap sebanyak 33.2 kilojoule pada 25oC dan 1 atm, apabila ½ mol nitrogen terbakar. 1N2 + O2 →NO2 2 ΔH = +33.2 kj Bdg. eksotrma.
12

Kembali ke atas