wavellite | wavelit | Geologi | Tiada | Mineral berwarna putih hingga kuning, hijau atau hitam yang menghablur dalam sistem ortorombus dan terdapat dalam bentuk agregat hemisfera yang kecil. |
topaz | topaz | Geologi | Tiada | Mineral neosilikat berwarna merah, kuning, hijau, biru atau perang yang menghablur dalam sistem ortoromfus. |
fluorine molecule | molekul fluorin | Kimia | Tiada | Gas berwarna kuning-hijau pucat dengan formula F2. |
hue | rona | Fizik | Optik | Nama warna seperti merah, kuning, hijau, biru atau ungu menurut tanggapan seseorang. |
andalusite (Al2SiO5) | andalusit (Al2SiO5) | Geologi | Tiada | Mineral neosilikat berwarna perang, kuning, hijau, merah, atau kelabu yang menghablur dalam sistem ortorombus dan terdapat di dalam batuan metamorf. |
bergamot oil | minyak bergamot | Kimia | Tiada | Minyak pati, meruap, berwarna kuning hijau, berasal daripada kulit buah Citrus bergamia, digunakan dalam pewangi. |
andalusite (Al2SiO5) | andalusit (Al2SiO5) | Kimia | Tiada | Mineral neosilikat berwarna perang, kuning, hijau, merah, atau kelabu yang menghablur dalam sistem ortorombus dan terdapat di dalam batuan metamorf. |
fluorspar | fluorspar | Kimia | Tiada | Kalsium fluorida semula jadi, formula CaF2, takat lebur 1350oC, berbentuk hablur yang berwarna kuning, hijau atau ungu. Fluorspar merupakan sumber utama fluorin dan sebatian fluorida yang lain. Mineral ini digunakan sebagai fluks dalam pengekstrakan logam dan industri kaca. Sin. fluorit. |
universal indicator | penunjuk semesta | Kimia | Tiada | Campuran bahan pewarna penunjuk yang menghasilkan perubahan warna yang beransur-ansur dalam julat pH yang besar. Penunjuk semesta lazimnya mengandungi metil jingga, metil merah, bromotimol biru dan fenolftalein yang masing-masing bertukar kepada warna jingga, kuning, hijau, biru dan ungu antara nilai pH 3 – 10. Penunjuk ini terdapat dalam bentuk cecair atau kertas uji. |
prase | pras | Geologi | Tiada | 1. Varieti kalsedoni yang lutcahaya dan berwarna hijau malap atau hijau kuning. 2. Kuarza habluran yang mengandung sejumlah besar hablur aktinolit yang berwarna hijau dan berbentuk rambut. |