Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep lysergic acid diethylamide (iaitu sj dadah berbahaya yg mengkhayalkan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata LSD


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
long slow distant running (LSD)lari jarak jauh perlahanSukanTiadaLarian jarak jauh yang dilakukan secara perlahan-lahan bagi meningkatkan daya tahan aerobik.
illicit drugdadah terharamPerubatanTiadaDadah yang penggunaannya diharamkan oleh pihak pemerintah kerana dadah tersebut dapat menimbulkan ketagihan atau kesan buruk pada pemikiran, seperti halusinasi dan euforia, yang seterusnya boleh menimbulkan gejala sosial yang buruk. Misalnya, heroin, mofina, LSD (lisergida) dan ganja.
hallucinogenhalusinogenPerubatanTiadaUbat yang menghasilkan gangguan mental seperti halusinasi, ilusi dan gangguan persepsi yang merupakan tanda-tanda psikosis. Penggunaan ubat ini akan menyebabkan seseorang itu hilang keupayaan berfikir dan boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang lain. Contoh ubat halusinogen termasuklah Lysergic acid dietrhylamide (LSD) dan methyleneoxymetamphetamine (Ectacy, MDMA). Biasanya, remaja mengambil ubat ini sebagai pil khayal.
hallucinogenhalusinogenFarmasiFarmakologiSebarang drug atau bahan yang menyebabkan halusinasi. Di bawah pengaruh halusinogen, seseorang itu dapat melihat imej, mendengar bunyi danmerasakan sesuatu perkaraseolaholah benar tetapi secara realitinya tidak wujud. Sesetengah halusinogen juga menghasilkan ketidakstabilan emosi yang pantas danmendalam .Halusinogen juga merujuk pada bahan yang menghasilkan kesan psikologi yang dikaitkan dengan nrimpi, skizofrenia atau eksaltasi keagamaan. Bahan ini menghasilk.an perubahan dalam persepsi, pandangan dan perasaan yang melibatkan perubahan terhadap apa yang dirasai sehingga boleh merasakan kehadiran sesuatu objek yang tidak wujud. Halusinogen menjejaskan kesemua deria, mengubah pemikiran dan perasaan terhadap masa serta emosi.Contoh utama halusinogen ialah LSD, psilosibin dan meskalina.

Kembali ke atas