Bermuda anticyclone | antisiklon Bermuda | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Jalur subtropik bertekanan tinggi yang separa kekal, yang bahagian pusatnya selalu berada berdekatan dengan kepulauan Bermuda di barat Lautan Atlantik Utara. Apabila jalur ini beralih ke bahagian timur Lautan Atlantik, ia disebut antisiklon Azores. |
hurricane | hurikan | Sains | Hidrometeorologi | Siklon tropika yang sangat kencang yang terjadi di Lautan Atlantik Utara dan Laut Karibean, Teluk Mexico dan di timur bahagian utara pasifik pantai barat Mexico. |
hurricane | hurikan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Taufan yang sangat kencang yang terjadi di Lautan Atlantik Utara dan Laut Caribbean. Teluk Mexico di timur bahagian utara Pasifik pantai barat Mexico. |
eastern hemisphere | hemisfera timur | Geologi | Tiada | Bahagian bumi yang kebanyakannya terletak di sebelah timur Lautan Atlantik, termasuk Eropah, Afrika, dan Asia. |
salmon | salmon | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Salmon: Sebarang ikan anadromus daripada famili Salmonidae yang terdapat di lautan Atlantik Utara hingga ke Eropah dan Amerika Utara, sesetengahnya boleh dimakan dan mempunyai kualiti yang baik. |
hurricane | taufan | Sains Marin | Tiada | Ribut tropika yang berputar laju, kerap terjadi di Lautan Atlantik dan timur laut Lautan Pasifik. Ribut ini mempunyai ciri-ciri seperti kawasan titik tengah yang bertekanan rendah, suatu ruang pengudaraan tertutup yang mempunyai tekanan atmosfera rendah dan ribut petir yang menyebabkan hujan lebat. Taufan sering berlaku di kawasan jasad air, secara relatifnya bersuhu tinggi yang menjana tenaga daripada penyejatan air di permukaan laut dan mengalami penyejatan serta berubah bentuk kepada awan serta hujan apabila udara lembap naik ke atas dan menyejuk sehingga tepu. |
Atlantic-type coastline | garis pinggir laut jenis Atlantik | Geologi | Tiada | Garis pinggir laut tak sejajar, terutamanya yang terdapat di kebanyakan kawasan di sekitar Lautan Atlantik. |
oceanic ridge | permatang lautan | Geologi | Tiada | Banjaran gunung median, seismos, dan selanjar di lantai laut yang menganjur melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan; topografinya berceranggah, ketinggiannya 1-3 km, kelebarannya kira-kira 1500 km, dan panjangnya melebihi 84,000 km. |
ocean ridge | permatang lautan | Sains Marin | Tiada | Permatang gunung bawah laut yang selanjar melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan serta Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan yang aktif volkanik dan dijana oleh aktiviti plat tektonik. Permatang lautan jenis ini dicirikan oleh pemisahan dasar lautan. |
interoceanic canal | terusan antara laut | Sains Marin | Tiada | Alur buatan yang terbuka bagi menghubungkan dua lautan (contohnya Terusan Panama yang menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik). Projek terbaharu yang bakal dilaksanakan ialah Terusan Nicaragua yang menghubungkan Laut Carribbean dengan Lautan Pasifik. Namun, pembinaan terusan tersebut masih dalam persoalan disebabkan oleh masalah kewangan dan masalah alam sekitar yang dikhuatiri oleh ahli sains kerana pembinaan terusan tersebut mengancam ekosistem Tasik Nicaragua yang juga merupakan kawasan tadahan air yang utama untuk Amerika Tengah. |