Arab League | Liga Arab | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1945 di Syria. Liga ini dianggotai oleh Mesir, Arab Saudi, Iraq, Jordan, Yaman, Syria dan Lubnan. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk mewujudkan kerjasama politik, mempertahankan kedaulatan negara anggota, menyelesaikan masalah negara Arab serta meningkatkan kerjasama ekonomi, kebudayaan dan jaringan infrastruktur perhubungan. Liga tersebut mempunyai dewan eksekutif yang dikenali sebagai Dewan Liga. Setiap negara anggota mempunyai wakil di Dewan Liga. Penduduk Arab di Palestin juga mendapat peruntukan wakil di Dewan Liga ini sebagai perwakilan tidak rasmi. Prinsip Liga Arab dalam menangani setiap permasalahan adalah melalui permuafakatan, bukan melalui kekerasan. |
Arab-Israeli War | Perang Arab-Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Siri peperangan antara negara Arab dengan Israel yang bermula sejak penubuhan negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948. Tiga peperangan yang utama berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Selain itu, Israel juga telah campur tangan dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1982. Sehingga kini, situasi peperangan masih berterusan dalam bentuk serangan gerila oleh kumpulan pejuang Palestin seperti Hamas terhadap pencerobohan haram Israel. Pada pihak lain pula, rejim Yahudi terus mempertingkatkan tindakan ganasnya terhadap penduduk Arab Palestin, dan enggan membebaskan wilayah negara jiran Arab yang dicerobohinya. Perang pada tahun 1956 berlaku apabila pihak tentera Israel menceroboh Mesir dan menawan Semenanjung Sinai dan Tebing Gaza. Perang ini berlaku akibat muslihat Britain dan Perancis yang cuba mengenakan tekanan terhadap Presiden Mesir Gamal Abdul Nasser yang memiliknegarakan Terusan Suez. Walau bagaimanapun, Israel berundur dari wilayah yang ditakluk pada tahun 1957. Pada tahun |
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA)) | Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA. |