Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Makaira


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marlin/billfishmersujiPerikananTiadaSejenis ikan laut daripada famili Istiophoridae, genus Makaira yang terdapat di laut tropika. Ikan ini mempunyai sirip dorsal bersaiz sederhana dan muncung yang panjang. Mersuji digemari pemancing kerana sifat ikan ini yang kuat bertarung.
blue marlinmersuji biruPerikananTiadaSejenis ikan daripada famili Istiophoridae, spesies Makaira mazara. Mersuji biru bermuncung tajam seperti tombak, bersisik halus serta bahagian atas badan berwarna biru gelap. Ikan ini hidup di laut lepas, bersifat pelagik, aktif bergerak, berhijrah jauh dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut musim serta menyambar mangsa yang terdiri daripada sotong dan pelbagai jenis ikan. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi bersaiz besar dan mempunyai kekuatan yang lebih kuat berbanding mersuji hitam. Ikan ini memberikan pertarungan yang sengit semasa bertarung dan biasanya memerlukan tenaga berkumpulan untuk mendaratkannya ke atas bot.

Kembali ke atas