market segmentation | pemetakan pasaran | Pengurusan | Perancangan | Proses mengklasifikasikan pasaran yang besar kepada kumpulan pengguna yang lebih kecil berasaskan faktor demografi (umur, jantina, bangsa), geografi (bandar, negeri, negara), psikografi (personaliti, gaya hidup, kelas sosial) serta gelagat pengguna (kekerapan penggunaan dan kesetiaan pada produk atau perkhidmatan). Tujuan pemetakan pasaran dilakukan adalah untuk membantu organisasi merencana strategi yang bersesuaian dengan kumpulan pasaran tertentu supaya berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding pesaing. Contoh pemetakan pasaran adalah dengan merencana strategi pemasaran yang berbeza berdasarkan lokasi geografi Malaysia mengikut zon utara, selatan, pantai timur dan Malaysia Timur. |
Look East Policy | Dasar Pandang ke Timur | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 1982. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran negara. Dasar ini dilaksanakan dengan mencontohi etika kerja, teknik dan strategi pembangunan negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Rakyat Malaysia telah dihantar ke negara tersebut untuk mengikuti pelbagai program bagi mendapatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perindustrian. |
tar | tar | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Tar berasal dari Timur Tengah dan di-bawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab. Alat muzik ini menyerupai alat muzik rebana hadrah yang juga dikenali sebagai rebana kercing di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tar dimainkan dalam ensembel bagi mengiringi teater rodat di Terengganu. Lihat juga rebana hadrah. |
winter monsoon | monsun musim sejuk | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Monsun yang berasal dari benua dan bertiup pada musim sejuk. Di Malaysia, monsun ini berlaku antara Oktober hingga Mac dan lebih dikenali sebagai monsun timur laut, atau musim tengkujuh di kalangan orang tempatan. Lihat monsun. |
serunai | serunai | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid. Serunai berasal dari Timur Tengah dan mempunyai kaitan dengan alat muzik surnay. Alat muzik ini dibawa ke Malaysia oleh pedagang Arab. Badan atau paipnya diperbuat daripada kayu. Bahagian loceng yang berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip tersebut. Serunai mempunyai tujuh lubang jari dan dua rid berganda dua, iaitu empat lapisan rid. Alat muzik ini ditiup pada pangkal dengan nafas yang berterusan untuk menghasilkan melodi dalam lagu. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, serunai terdapat dalam pelbagai sai |
political support | sokongan politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Bantuan yang diberi dari sudut politik seperti kerjasama badan pemerintah, kelulusan permohonan dari pihak berkuasa, pemberian undi daripada orang ramai, pernyataan sokongan daripada menteri atau pihak berkuasa tempatan mahupun sokongan material kepada individu atau organisasi dalam sesuatu persaingan. Sokongan politik merupakan satu elemen penting bagi individu atau organisasi untuk berjaya. Sebagai contoh, dasar luar Malaysia yang menentang keras keganasan Israel di Timur Tengah mendapat sokongan politik daripada pelbagai pihak di Malaysia. |
abstention | berkecuali | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Berkaitan dengan tindakan atau keputusan yang tidak menyokong ataupun membantah sesuatu cadangan. Dalam konteks hubungan antarabangsa yang melibatkan Majlis Keselamatan PBB misalnya, keputusan berkecuali bermaksud tindakan sesebuah negara yang tidak menyokong atau membantah sesuatu cadangan secara keseluruhan. Keputusan berkecuali boleh disertakan dengan alasan dan pendirian negara berkenaan. Contoh lain ialah Malaysia yang banyak mengamalkan prinsip berkecuali bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara atas dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi atau kepercayaan. Salah satu unsur penting prinsip berkecuali Malaysia ialah keengganan untuk terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain daripada perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara. |
traditional directed economy | ekonomi terarah tradisional | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menyelesaikan masalah pengeluaran dan pengedaran mengikut amalan tradisi, iaitu dengan menyerahkan proses pengeluaran dan pengedaran yang dilakukan oleh bapa kepada anak cucu secara warisan. Amalan ini sangat meluas di negara mundur dan di negara sedang membangun. Misalnya, di Malaysia, nelayan dan pembuat batik di Pantai Timur selalunya mewariskan pekerjaan mereka kepada anak masing-masing. |
stambul | stambul | Muzik | Tiada | Teater atau opera popular yang wujud di Surabaya pada abad ke-19 dan abad ke-20. Stambul ialah singkatan daripada perkataan Istanbul. Pada awal kemunculannya, cerita Timur Tengah dipentaskan. Kostum dengan tarbus merah dari Turki atau Arab dipakai semasa pertunjukan teater ini. Unsur cerita Cina, Jawa dan Eropah ditambah secara beransur-ansur. Teater ini diiringi muzik Barat dan keroncong stambul yang dimainkan oleh orkestra Barat dan dipentaskan di pentas prosenium untuk hiburan rakyat jelata. Stambul mempunyai persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti likay di Thailand, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong |
tarinai | tarinai | Muzik | Tiada | Tarian, muzik rakyat dan muzik istana yang terdapat di Perlis dan di Kedah. Tarian ini berasal dari Timur Tengah dan di-bawa ke Malaysia oleh pedagang India. Tarinai dipersembahkan semasa upacara berinai dan diiringi oleh ensembel muzik yang terdiri daripada gendang ibu dan anak, tetawak ibu dan anak, serta serunai. |