Marxism | Marxisme | Sains Politik | Tiada | Tiada |
Marxism-Leninism | Marxisme-Leninisme | Sains Politik | Tiada | Tiada |
Marxism | faham Marx/Marxisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
Marxism-Leninism | faham Marx-faham Lenin/ Marxisme-Lemnisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
Comintern | Comintern (Komunis Antarabangsa) | Sejarah | Tiada | Singkatan bagi Komunis Antarabangsa atau Communist International ditubuhkan pada 1919 untuk menggerakkan revolusi Marxisme atau fahaman Marxis. |
interpretive community | komuniti interpretif | Kesusasteraan | Tiada | Masyarakat (komuniti) pembaca yang berkongsi konvensi penghayatan sastera. Konvensi ini mempengaruhi dan menentukan bacaan atau tafsiran seseorang ahli masyarakat berkenaan. Dalam konteks ini, respons individu terhadap teks biasanya terikat dengan respons komuniti. Menurut pengasas konsep ini, Stanley Fish, institusi akademi menjadi tonggak konvensi terhadap tafsiran dan analisis teks. Namun, interpretasi daripada komuniti akademik ini tidak semestinya sehaluan. Memandangkan ahli akademik memanfaatkan pelbagai teori, contohnya formalisme, Marxisme, dan pascastrukturalisme, penghayatan kes juga boleh bercanggah mengikut pegangan masing-masing. Hal ini memungkinkan berlakunya tafsiran yang berbeza-beza, sekali gus menghakis atau mencabar konsep komuniti interpretif. Lihat juga teori respons pembaca, ufuk harapan. |
revolutionary war | perang revolusioner | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perang yang berlaku antara kerajaan dengan kumpulan bukan kerajaan dalam sesebuah negara dan tidak melampaui sempadan negara tersebut. Matlamat kumpulan bukan kerajaan yang terlibat dalam perang ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan serta sistem politik yang wujud dan menggantikannya dengan kerajaan dan sistem yang baru. Perang ini biasanya dikaitkan dengan perang yang bercirikan unsur ideologi. Dalam tempoh Perang Dingin, ramai penganalisis politik menganggap perang ini dilancarkan oleh kumpulan Marxisme. |
criticism | kritikan | Kesusasteraan | Tiada | Cabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik. |