Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
modal (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, sumber, dana, biaya, aset, tabungan, simpanan stok, syer, saham;,
Kata Terbitan : pemodal,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Islamic Institute for Technology (IIT)Institut Teknologi Islam (IIT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan untuk mempertingkatkan modal insan dan kerjasama teknikal negara anggota. Institut ini menyediakan latihan teknikal dan vokasional kepada pengajar industrial, teknikal dan mekanikal dari negara anggota, dan mengadakan pertukaran pakar berkemahiran, program latihan, penerbitan dan bengkel amali. IIT turut menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat dan runding cara.
direct marketingpemasaran langsungKomunikasiKorporatProses dan kaedah penyebaran maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan secara terus daripada pengilang kepada pengguna dengan menggunakan pendekatan pemasaran interaktif tanpa melibatkan orang tengah. Kaedahnya adalah dengan menggunakan satu atau pelbagai media pengiklanan, seperti media cetak, telefon, mel langsung, radio, televisyen dan Internet. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan maklumat dan mendapatkan tempahan secara langsung daripada khalayak mengenai barangan atau perkhidmatan dan juga meluaskan pengaruh pasaran. Kekuatan proses dan kaedah ini adalah menjimatkan kos, mengurangkan penggunaan modal insan, dan berupaya mendapatkan maklum balas pemasaran secara segera. Selain itu, pemasaran langsung juga dapat mengurangkan jurang komunikasi antara pihak pengeluar barangan dengan pengguna.

Kembali ke atas