Magnetic Particle Testing (MT) | ujian partikel bermagnet (MT) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu kaedah pengujian tanpa musnah yang menggunakan prinsip magnet dalam bahan feromagnet. Ujian partikel bermagnet digunakan untuk melihat perubahan struktur atau mengesan kecacatan pada permukaan dan subpermukaan. |
transverse mass | jisim lintang | Fizik | Mekanik | Jisim zarah yang digunakan untuk mengira komponen daya kerelatifan dalam arah tegak lurus kepada halaju (?) zarah itu. Perkaitan-perkaitan jisim ini adalah (mt = jisim lintang, m0 = jisim rehat, ? = halaju zarah, c = laju cahaya dalam vakum, Ft = daya lintang, at = pecutan lintang). Jisim lintang ini sama besar dengan jisim kerelatifan. bd. jisim membujur. |
threshold energy | tenaga ambang | Fizik | Atom dan Nuklear | 1. Had tenaga bagi zarah atau foton tuju yang tindak balas endoergenik tertentu tidak boleh berlaku di bawah had tenaga tersebut. Bagi tindak balas di antara dua zarah tak kerelatifan, hubungan tenaga ambang kepada nilai diungkapkan sebagai: dengan mi jisim zarah tuju, mt jumlah jisim hasil zarah tindak balas dan nilai Q = tenaga penyepaian nukleus. 2. Had tenaga bagi zarah atau foton tuju yang tindak balas nukleus tertentu tidak boleh dicerap di bawah had tersebut, biasanya ditentukan oleh kesan sawar Coulomb. |
Non-destructive Testing (NDT) | ujian tanpa musnah (NDT) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Pengujian sains dan teknologi menggunakan kaedah tertentu untuk menguji bahan, komponen, dan sistem dengan cara tidak merosakkan objek yang diuji. Terdapat lima kaedah pengujian yang lazim digunakan dalam industri, iaitu ujian radiografi (RT), ujian ultrasonik (UT), ujian penembus (PT), ujian partikel bermagnet (MT), dan ujian arus pusar (ET). Tujuan pengujian ini digunakan adalah untuk mengesan, menentukan kedudukan, mengukur, mentafsir dan menilai sesuatu kecacatan pada objek agar objek tersebut sesuai digunakan mengikut aplikasinya. Lihat juga ujian radiografi, ujian ultrasonik, ujian penembus, ujian partikel bermagnet, ujian arus pusar. |