Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Myanmar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hne (Mya)hneKesenianTiadaSerunai Myanmar.
ya gwin (Myn)ya gwinKesenianTiadaSimbal besar dari Myanmar.
Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega
ci waingci waingMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada 21 biji gong kecil berbusut yang diperbuat daripada gangsa atau tembaga. Set gong ini diletakkan secara mendatar di dalam rak kayu berbentuk bulatan. Pemain duduk di tengah pusat bulatan dan memukul pada bahagian busut gong dengan menggunakan sepasang kayu atau pemukul kayu berbalut. Ci waing dimainkan dalam ensembel untuk mengiringi tarian, wayang patung dan pelbagai jenis wayang lain di Myanmar. Ci waing juga merupakan nama ensembel yang mcnggunakan alat muzik ini. Alat muzik ci waing bukan sahaja terdapat di Myanmar tetapi juga di seluruh Asia Tenggara. Sinonim saing waing. Lihat juga gong chime, caklempong, kulintangan, engkerumong.

ASEAN Free Trade Area (AFTA)Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaAturan perdagangan serantau yang membentuk blok perdagangan antara negara anggota ASEAN. Perjanjian penubuhan AFTA dimeterai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand pada tahun 1992. Vietnam menyertai AFTA pada tahun 1995, Laos dan Myanmar menyertainya pada tahun 1997, dan Kemboja menganggotainya pada tahun 1999. Matlamat utama AFTA adalah untuk meningkatkan daya saing ekonomi ASEAN menerusi pengurangan dan penghapusan halangan perdagangan tarif dan bukan tarif. AFTA juga bertujuan untuk meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing ke rantau ASEAN. Mekanisme terpenting AFTA ialah Skim Tarif Keutamaan Efektif Umum (CEPT) yang mengurangkan dan menghapuskan tarif terhadap produk yang didagangkan sesama negara anggota ASEAN. Peranan AFTA dan mekanismenya termasuk CEPT telah diambil alih oleh Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang memperkukuh lagi integrasi dalam kalangan negara anggota ASEAN.
maungmaungMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini merupakan set gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Gong tersebut dipukul dengan sepasang pemukul yang berbalut untuk menghasilkan melodi. Alat muzik ini terdapat di Myanmar dan dimainkan dalam ensembel ci waing untuk mengiringi tarian dan teater. Lihat juga ci waing.

saung gauksaung gaukMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis hap. Saung gauk diperbuat daripada kayu dan badannya berbentuk perahu. Bahagian atas alat muzik ini ditutupi kulit kijang. Lengan yang melengkung dipasang pada badan saung gauk dan 14 atau 16 utas tali nilon dipa­sang antara badan dengan lengannya. Alat muzik ini ditiunkan dalam skel tujuh pic dan diletakkan secara menegak di atas riba serta talinya dipetik dengan jari. Saung gauk dari Myanmar menghasilkan melodi untuk mengiringi lagu vokal klasik. Alat muzik ini dimainkan dalam kalangan orang Burman.

mi gyaunmi gyauriMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter. Badan alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan berbentuk buaya. Tiga utas tali dipasang pada bahagian atas badan mi gyaun. Talinya dipetik dengan jari dan dimainkan secara solo atau orkestra untuk mengiringi pelbagai jenis teater di Myanmar.

pa waingpa waingMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Pa waing terdiri daripada 21 biji gendang dengan saiz yang bersenggat. Dram ini diperbuat dari­pada kayu dan berbentuk tong cembung. Pa waing mempunyai dua muka kulit yang dipasang pada baluh dengan tali dan ditiunkan dalam skel pentatonik. Kesemua dram tersebut diletakkan secara menegak dan tergantung pada rak kayu yang berbentuk bulatan. Alat muzik ini dipukul dengan jari oleh seorang pemain yang duduk di tengah bulatan rak kayu tersebut. Pa waing memainkan bahagian melodi serentak de­ngan alat muzik lain dalam orkestra hsaing. Alat muzik yang berasal dari Myanmar ini dimainkan dalam kalangan kaum Burman dalam orkestra yang mengiringi pelbagai jenis teater. Pa waing juga dikenali sebagai hsaing.


Kembali ke atas