ex-Nazi | bekas Nazi | Sejarah | Tiada | Orang yang telah meninggalkan atau berhenti bergiat dalam kegiatan dan amalan fahaman Nazi, kebanyakannya di Jerman selepas kekalahan Hitler dalam Perang Dunia II. |
Nazism | fahaman Nazi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Doktrin dan polisi Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional yang memerintah Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1933 hingga 1945. Anggota parti ini dikenali dengan nama singkatan Nazi. Menurut dogma Nazi, manusia boleh diklasifikasikan secara saintifik kepada kaum yang superior dan inferior. Kaum yang teratas sekali ialah Nordik atau Jerman, iaitu jenis kaum Aryan, manakala kulit hitam dan Yahudi ialah kaum yang paling rendah martabatnya. Golongan Nazi telah menuduh orang Yahudi menghalang pembentukan bangsa tuan dalam kalangan kaum Aryan. Mereka menuduh orang Yahudi Jerman telah berpaling tadah terhadap Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Semasa Perang Dunia Kedua, golongan Nazi telah memaksa dogma dan sistem mereka ke atas Eropah. Berjuta-juta orang Yahudi, Rusia dan Poland telah dibunuh dan dijadikan buruh paksaan. Walau bagaimanapun, kekalahan dan kejatuhan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua telah menyelamatkan Eropah daripada kekejaman Nazi dan fahaman Nazi telah diharamkan di negara Jerm |
Nazism (National Socialism) | faham Nazi | Sains Politik | Tiada | Tiada |
Nuremberg Tribunal | Tribunal Nuremberg | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tribunal yang terdiri daripada hakim Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Kesatuan Soviet dalam Perbicaraan Jenayah Perang pada tahun 1945�1946. Perbicaraan ini melibatkan 20 orang pegawai atasan Nazi atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan semasa kekuasaan Nazi di Eropah. Beberapa orang daripada pegawai ini telah dihukum mati oleh tribunal ini. Nuremberg telah menjadi satu contoh teladan dalam perbicaraan jenayah perang, dan beberapa perbicaraan lain telah dilaksanakan selepasnya seperti perbicaraan jenayah perang Tokyo selepas kekalahan Jepun, perbicaraan Eichmann (1961) dan tribunal jenayah perang Bosnia dan Rwanda. |
axis power | kuasa paksi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Gelaran yang diberikan kepada pasukan berikat pimpinan pihak Nazi Jerman yang bersekutu dengan Itali. Pakatan kuasa ini ditubuhkan pada tahun 1936. Kedua-dua kuasa ini menentang fahaman komunis serta peralihan politik Sepanyol yang menjadi negara republik. Dasar ini dimeterai dalam perjanjian pertahanan bersama yang ditandatangani pada tahun 1939. Jepun menyertai paksi ini pada tahun 1940. Tiga kuasa utama pasukan berikat ini dikenali juga sebagai Paksi Rom-Berlin-Tokyo. Selain tiga kuasa utama ini, pakatan kuasa ini turut disertai oleh Hungary, Romania Slovakia dan Bulgaria. |
anti-Semitism | faham anti-Yahudi | Sejarah | Tiada | Fahaman permusuhan dengan orang-orang Yahudi yang dianuti oleh golongn Nazi yang muncul pada pertengahan abad ke-19. |
destruction | pemusnahan | Sejarah | Tiada | Tindakan atau proses memusnahkan objek kebendaan atau bukan kebendaan sehingga pupus seperti yang dilakukan oleh tentera Nazi sewaktu perang dunia kedua. |
conquer | menakluk; takluk | Sejarah | Tiada | Perbuatan menakluk atau merampas biasanya harta atau negara secara paksaan dan kekerasan seperti dasar peluasan kuasa oleh kuasa Nazi denga menakluk negara-negara di benua Eropah. |
holocaust | holocaust | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Istilah yang digunakan oleh sejarawan Yahudi untuk merujuk kepada peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh rejim Nazi pimpinan Hitler. Peristiwa ini dinamakan oleh mereka sebagai penyelesaian akhir. |
persecution | tindas terus | Sejarah | Tiada | Perihal penindasan atau penganiayaan seseorang atau kumpulan biasanya kerana kepercayaan agama seperti penindasan ke atas orang Yahudi oleh kumpulan Nazi. |