Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nation-statenegara-bangsaSains PolitikTiadaTiada
nation-statenegara-bangsaSejarahTiadaTiada
nation statenegara bangsaSains PolitikTiada-
nation-statenegara-bangsaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
ethnocentrism studykajian etnosentrismePsikologiPsikologi UmumKajian tentang kecenderungan individu untuk melabel atau membuat pertimbangan yang biasanya berasaskan prasangka yang negatif terhadap etnik, budaya atau negara bangsa lain menurut perspektif bangsa masing-masing. Contohnya, masyarakat Barat sering menganggap budaya mereka lebih baik daripada budaya masyarakat Timur.
Charter of the United NationsPiagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTriti yang menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945 selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Draf asal piagam disediakan oleh empat negara kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, Great Britain dan China dalam Persidangan Dumbarton Oaks dan Yalta. Negara-negara lain kemudiannya dipelawa untuk menyertai perundingan dalam Persidangan San Francisco dan piagam tersebut dimeterai oleh semua negara anggota. Piagam tersebut memperuntukkan prinsip dan fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai satu triti, piagam tersebut memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kekerasan seperti peperangan kecuali langkah keselamatan bersama dan pertahanan diri.
development administrationpentadbiran pembangunanPentadbiranPentadbiran Awam

Pengukuhan dan penambahbaikan teknik, proses dan sistem bagi meningkatkan keupayaan pentadbiran sesebuah negara. Pentadbiran pembangunan mengandaikan pemodenan negara bergerak seiringan dengan struktur birokrasinya. Menurut Lucien Pye, birokrasi yang berkesan boleh menyumbang kepada pembinaan negara bangsa. Pentadbiran pembangunan berkembang pada tahun 1950-an hasil penggabungan bidang ekonomi klasik dengan bidang pentadbiran awam.

international organizationorganisasi antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Keanggotaan sesebuah organisasi tersebut melampaui sempadan negara. Organisasi ini mula wujud pada kurun ke-19 dengan kewujudan negara bangsa sebagai anggotanya. Organisasi tersebut terbahagi kepada Organisasi Antara Kerajaan (IGO ) dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO s atau INGO s). IGO mempunyai anggota yang terdiri daripada negara seperti PBB, Komanwel, OPEC dan ASEAN, manakala anggota NGOs pula terdiri daripada bukan negara yang terbahagi kepada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Antara sifat IGO dan NGO s yang bukan berasaskan keuntungan ialah organisasinya yang kekal menjalankan fungsinya secara berterusan, keanggotaan secara sukarela, mempunyai matlamat dan struktur tertentu dan sekretariat yang kekal meneruskan hal pentadbiran dan penyelidikan. Selain itu, IGO mempunyai sifat tambahan, iaitu ditubuhkan melalui perjanjian dan beroperasi secara persetujuan dan kerjasama oleh anggotanya bagi memasti
international organizationpertubuhan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan yang diwujudkan oleh negara-negara melalui satu triti antarabangsa, misalnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan antarabangsa mempunyai keperibadian undang-undang antarabangsa. Pertubuhan antarabangsa diwujudkan bagi tujuan umum atau tujuan khusus. Pertubuhan yang mempunyai tujuan umum seperti PBB menggalakkan kerjasama politik, ekonomi, sosial, ketenteraan dan kebudayaan, manakala pertubuhan yang mempunyai tujuan khusus seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) memberikan tumpuan kepada hak pekerja.
intergovernmental organizationorganisasi antara kerajaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi yang terdiri daripada negara-negara di dunia. Organisasi ini ditubuhkan dengan persetujuan wakilwakil kerajaan negara yang mahu menubuhkan organisasi tersebut. Organisasi ini juga mewakili suara, pandangan dan kepentingan negara-negara anggota pada setiap masa dan sebarang keputusan yang dibuat perlu melalui individu yang dilantik oleh negara tersebut. Organisasi ini boleh mencapai personaliti perundangan (personaliti undang-undang) di bawah undang-undang antarabangsa dengan mempunyai hak dan tanggungjawab di bawah undang-undang tersebut, dan mempunyai keupayaan untuk membawa sesuatu kes ke proses perundangan. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada persetujuan negara-negara anggota. Contoh organisasi antara kerajaan yang mempunyai personaliti perundangan di bawah undang-undang antarabangsa ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
123456789

Kembali ke atas