partial pressure | tekanan separa | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pecahan tekanan yang dikenakan oleh sesuatu komponen daripada tekanan keseluruhan di dalam sesuatu campuran yang dijelaskan sebagai Pj = Yj P, dengan Pj = tekanan separa (Pa), Yj = pecahan mol atau jisim komponen, P = tekanan keseluruhan (Pa). Bagi gas tulen atau sistem satu komponen, tekanan separa ialah tekanan sistem. |
ratio of compressibility factor | nisbah faktor kemampatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah faktor kemampatan adiabatik terhadap faktor kemampatan isoterma yang dijelaskan sebagai ks /kt = CV/CP, dengan ks = faktor kemampatan adiabatik (1/Pa), kt = faktor kemampatan isoterma (1/Pa), CV = kapasiti haba isi padu malar (J/mol K), CP = kapasiti haba tekanan malar (J/mol K), Bagi sistem yang stabil, ks < kt. |
ba yin | ba yin | Muzik | Tiada | Sistem pengelasan alat muzik di negara China yang berasaskan lapan jenis bahan, iaitu batu, logam, kulit, kayu, buluh, labu, sutera dan tanah liat Ba yin bermaksud lapan bunyi. Contoh alat muzik berasaskan kulit saperti gu (dram), berasaskan sutera seperti zheng (ziter) dan berasaskan buluh seperti di (ftut). Sinonim pa yin. |
eddy viscosity | kelikatan pusar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kelikatan aliran gelora tak isotropi yang berpunca daripada turun naiknya nilai halaju dan geometri sistem pengaliran. Kelikatan ini setara dengan kelikatan dinamik bagi aliran lamina. Kelikatan ini dihubungkan dengan tegasan ricih dan kadar tegasan melalui dengan tt = tegasan ricih gelora (Pa), ux = halaju purata dalam arah paksi x (m/s), gc = 1 kgm/Ns2, Ev = kelikatan pusar (poise), dux/dy = kadar tegasan (1/s) |
solfege | solfege | Muzik | Tiada | Sistem latihan vokal yang menggunakan nama tertentu bagi setiap not dalam sesuatu skel. Contohnya, solfege bagi muzik Barat ialah do, re, mi, fa, so, la, ti. Solfege bagi muzik India ialah sa, re, ga, ma, pa, dha, ni. Solfege bagi muzik Bali pula ialah ding, dong, deng, dung, dang. Sinonim solfegio, solfegro. |