uprising | Intifada | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perkataan Arab yang bermaksud kebangkitan yang merujuk secara khusus kepada perjuangan rakyat Palestin pada tahun 1987 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang ditakluki Israel sejak tahun 1967. Penduduk Palestin telah menentang pemerintah Israel dengan melontar batu dan bahan letupan buatan sendiri, manakala pihak Israel pula menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah serta merobohkan rumah penduduk Palestin. Kebangkitan perjuangan rakyat Palestin yang anti-Israel ini berpunca daripada kekecewaan pihak Palestin terhadap IMF Intifada diskriminasi ekonomi, politik dan sosial yang dilaksanakan oleh Israel. Perbalahan antara Palestin dengan Israel kini menggunakan teknik perang gerila. Pihak Hamas (Palestin) menggunakan pengebom berani mati untuk menyerang Israel, manakala Israel pula menyerang pejabat Palestin dan menduduki semula kawasan yang telah ditinggalkan selepas tahun 1993. |
Palestine Liberation Organization (PLO) | Pertubuhan Pembebasan Palestin | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1964 di Mesir sebagai wakil hal ehwal rakyat Palestin. Pertubuhan ini diketuai oleh Yasser Arafat sejak tahun 1969. Beliau merupakan ketua kumpulan al-Fatah, iaitu salah sebuah kumpulan dalam organisasi tersebut. Di bawah kepimpinan beliau, taktik perjuangan pertubuhan ini telah bertukar daripada penggunaan senjata kepada kaedah rundingan atau diplomasi. Selepas Perang Teluk (1991), pertubuhan tersebut mula menerima kewujudan Israel dan mengadakan rundingan dengan negara tersebut. Persetujuan Oslo (1973) yang ditandatangani di White House bersama Presiden Clinton melahirkan autoriti kuasi-kerajaan Palestin yang memberi kuasa kepada pertubuhan tersebut untuk mengawal 40 peratus daripada Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Sinonim PLO. |
Arab-Israeli conflict | konflik Arab-Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palesti |
Balfour Declaration | Deklarasi Balfour | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perisytiharan sokongan Britain terhadap pembentukan negara Yahudi di Palestin. Deklarasi ini mengambil sempena nama Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour yang mengutuskan surat sokongan kepada ketua persekutuan zionis Inggeris, Lord Rothchild pada 2 November 1917. Pernyataan sokongan ini menjadi dasar politik gerakan zionisme. Berikutan deklarasi ini, PBB bersetuju membahagikan Palestin kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk Yahudi dan sebahagian lain untuk Arab Palestin. Pada 14 Mei 1948, mandat Britain ke atas Palestin berakhir dan pada masa yang sama Israel mengisytiharkan pembentukan negara untuk orang Yahudi di Palestin. |
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA)) | Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA. |
Palestine entity | satuan Palestin | Sejarah | Tiada | Tiada |
Palestinian Police Force | Pasukan Polis Palestin | Sejarah | Tiada | Tiada |
Palestine Liberation Organization | PLO | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Lihat Pertubuhan Pembebasan Palestin. |
distortion | putar belit | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan menukar atau menafikan sesuatu fakta yang sahih. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, fakta sejarah boleh ditukar atau dinafikan bagi menjustifikasikan sesuatu tuntutan sesebuah negara. Contohnya, fakta wujudnya bangsa Arab di Palestin sebelum kewujudan Israel dinafikan oleh pihak yang enggan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang sah di sisi undang-undang antarabangsa. |
zionism | fahaman zionis | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Fahaman yang dibentuk pada tahun 1880-an. Fahaman ini menerangkan kesedaran nasionalis Yahudi yang berusaha menempatkan orang Yahudi di Palestin. Walaupun tidak semua orang Yahudi berfahaman zionis dan tidak semua mahu tinggal di Israel, namun mereka masih menyokong perjuangan Israel. Sinonim zionisme. |