Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : per­khidmatan kerajaan yg tidak berkaitan dgn tentera atau polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civil service reformpembaharuan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha memperkenalkan pelbagai bentuk perubahan dalam perkhidmatan awam yang dilakukan melalui penerapan nilai kerja yang baru dan teknologi moden. Reformasi perkhidmatan awam ini juga melibatkan pengenalan kepada sifat kerja yang lebih produktif, teknologi pentadbiran yang sofistikated, keutamaan kepada kualiti, pengurusan yang saintifik, perancangan strategik dan budaya kerja yang berteraskan teknologi maklumat. Perubahan peranan perkhidmatan awam juga bertujuan untuk memperbaiki sistem pentadbiran, meningkatkan kecekapan serta kepimpinan perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan negara yang selari dengan tuntutan semasa. Melalui pembaharuan ini, peranan perkhidmatan awam sudah berkembang bukan sekadar untuk menjaga keamanan dan ketenteraman melalui penguatkuasaan peraturan dan undang-undang, tetapi juga menjadi agen pembangunan, perancang dan pelaksana pembangunan serta peneraju atau pelopor dalam usaha mencapai matlamat dan wawasan negara. Oleh itu, peranan perkhidmatan awam perlu sentiasa d

civil service excellencekecemerlangan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Amalan yang mulia berlandaskan nilai-nilai murni, sikap, budaya dan etika kerja positif yang diterapkan dalam perkhidmatan awam. Kecemerlangan perkhidmatan awam menjadi tunjang utama kepada kelicinan, kecekapan dan keberkesanan pentadbiran negara di samping meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan. Pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak pemerintah dalam mewujudkan kecemerlangan perkhidmatan awam seperti pengenalan Teras Perkhidmatan Awam, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang, Kepimpinan Melalui Teladan dan Tonggak 12. Selain itu, bagi menyokong dan mengukuhkan usaha dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam, pihak kerajaan telah mewujudkan sistem pengiktirafan melalui beberapa anugerah seperti Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM), Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam, Anugerah Perdana Teknologi Maklumat dan Anugerah Inovasi.

civil service neutralitykeberkecualian perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip yang bebas, tidak terpengaruh atau condong kepada individu atau pihak tertentu dalam menggubal sesuatu dasar dan membuat sesuatu keputusan. Prinsip ini menjadi landasan kepada semua anggota perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa terikat kepada sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar. Melalui prinsip ini, kakitangan awam ditegah terlibat secara aktif dalam sebarang parti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan Tatatertib (Perintah Am Bab ‘D’). Begitu juga di dalam konteks yang melibatkan kumpulan etnik, agama, ideologi dan gender, perkhidmatan awam seharusnya bebas dari sebarang bentuk pengaruh.

civil service levelperingkat perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Hierarki atau tahap tertentu dalam perkhidmatan awam berdasarkan kepada fungsi, peranan dan bidang tugas dalam organisasi. Pewujudan hierarki ini bertujuan untuk menjalankan fungsi pentadbiran dan pengurusan organisasi dengan lebih cekap dan berkesan berdasarkan tahap kepakaran serta pengalaman dalam bidang berkaitan. Peringkat perkhidmatan awam ini akan menentukan kuasa dan kedudukan seseorang penjawat. Semakin tinggi kedudukan penjawat awam maka semakin besar kuasanya. Perkhidmatan awam di Malaysia boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat seperti dalam Kumpulan Perkhidmatan terdapat Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan.

Public Service CommissionSuruhanjaya Perkhidmatan AwamPentadbiranPentadbiran Awam

Sebuah badan khas yang ditubuhkan melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan hal-ehwal dan segala urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam. Badan ini adalah satu komponen kecil dalam struktur pentadbiran kerajaan yang berbeza daripada komponen kecil kerajaan yang lain. Perbezaan ini ketara dari segi kebebasan untuk menjalankan tugas. Bagi menjamin kebebasan badan ini, ahlinya dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong atas pertimbangan dan nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pada asasnya badan ini berfungsi untuk mengkaji, merancang, membuat cadangan dan melaksanakan beberapa langkah ke arah penambahbaikan perkhidmatan awam. Justeru, kewujudan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dapat menjamin agar pengendalian yang adil dilaksanakan dalam pengambilan dan penentuan kerjaya kakitangannya.

civil service regulationperaturan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Undang-undang, kawalan dan kaedah pengurusan secara langsung ke atas kakitangan awam. Peraturan ini menjadi panduan asas yang wajib dipatuhi oleh semua kakitangan awam. Peraturan ini juga diwujudkan bagi memastikan perkhidmatan awam mencapai satu tahap kredibiliti yang tinggi, mempunyai imej yang bersih, bertanggungjawab, professional, adil dan saksama, telus, amanah, jujur, berdisiplin dan berintegriti. Perkhidmatan awam yang cemerlang berupaya mendukung pembangunan negara dan meningkatkan kualiti penghidupan masyarakat. Contoh peraturan perkhidmatan awam ialah Perintah-Perintah Am (Bab A hingga Bab G) dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam.

civil service valuenilai perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Sifat murni yang diterapkan dalam kalangan kakitangan kerajaan. Sifat ini merangkumi kejujuran, kecekapan, berkecuali, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas. Penerapan nilai perkhidmatan awam membantu kerajaan dalam mengimplementasi dasar dan memberi perkhidmatan yang baik kepada orang ramai. Nilai ini penting bagi memastikan etika kerja terpelihara, matlamat tercapai dan imej perkhidmatan awam dipandang tinggi. Keadaan ini sering kali dikaitkan dengan karenah birokrasi, tidak efisien, layanan kasar dan tidak menepati waktu. Dengan itu, penentuan satu nilai atau kod etika perkhidmatan awam mendorong budaya kerja yang efektif.

public serviceperkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Satu institusi yang bertanggungjawab menguruskan segala kegiatan atau usaha pemerintah yang ada kaitannya dengan kepentingan orang ramai. Ia adalah sektor terpenting bagi melaksanakan usaha-usaha pembangunan untuk rakyat di samping memberikan perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh golongan peniaga, usahawan dan sektor swasta. Matlamat utama perkhidmatan awam adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan, cekap, produktif dan mencakupi kehendak rakyat sebagaimana yang dihasratkan oleh pemerintah. Perkhidmatan awam ialah institusi yang berkecuali, bebas daripada pengaruh politik, memberikan khidmat kepada kerajaan yang memerintah dengan penuh taat setia tanpa mengambil kira fahaman atau ideologi kerajaan tersebut. Perkhidmatan awam amat perlu bagi memelihara kesejahteraan rakyat, mengawal keselamatan, keamanan dan mengurus pembangunan ekonomi. Pemerintah bertanggungjawab menggubal dasar dan peraturan tertentu manakala pelaksanaannya menjadi tanggungjawab perkhidmatan awam.

civil service restructuringpenstrukturan semula perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Proses penyusunan dan pengemaskinian struktur perkhidmatan awam yang sedia ada kepada satu struktur baru yang lebih cekap, efisyen, efektif dan terkini. Proses ini melibatkan penutupan beberapa agensi yang bertindih dan kurang cekap serta penyusunan semula beberapa agensi agar sesuai dengan fungsi dan objektif baru. Beberapa agensi baru telah ditubuhkan seperti Biro Pengaduan Awam (BPA), Ruangan Pendapat Pembaca di akhbar tempatan dan talian aduan yang memberi ruang kepada orang ramai untuk menyampaikan maklum balas, aduan, teguran dan cadangan. Di samping itu, beberapa kementerian dan jabatan baru telah ditubuhkan serta distrukturkan semula sesuai dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan integriti perkhidmatan awam.

civil service systemsistem perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem atau kaedah pentadbiran yang direka bentuk secara sistematik bagi mewujudkan penjawat awam yang cekap, cemerlang dan berkesan. Sistem perkhidmatan awam mempunyai struktur yang jelas, fungsi dan peranan yang menyeluruh serta matlamat yang khusus. Sistem ini juga bertujuan untuk menyediakan kemudahan asas yang diperlukan oleh masyarakat, memungut hasil dan mengenakan cukai serta mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Antara sistem yang diamalkan dalam perkhidmatan awam ialah Pengurusan Personel Awam yang bertujuan untuk menjana produktiviti yang tinggi dalam kalangan kakitangan awam. Sistem Saraan Malaysia pula bertujuan meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam, menilai tahap kecekapan dan penambahbaikan peluang kerjaya berdasarkan perubahan persekitaran yang dinamik.

12345678910...

Kembali ke atas