Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Podocarpus neriifolius


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
MGRpodoPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu lembut. Nama piawai bagi kayu Podocarpus spp. daripada famili Podocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah jati, kebal musang, ru bukit, dan setada, di Sabah ialah kayu cina, lampias, dan rampayan, dan di Sarawak ialah landin. Spesies utama kayu ini termasuk Podocarpus polystachyus, P. neriifolius, dan P. wallichianus. Gubal dan teras podo sukar dibezakan, dan biasanya berwarna kuning muda atau coklat keemasan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu lembut. Kayu ini mudah dikerjakanb dan dikeringkan, tetapi tidak tahan jiga digunakan di kawasan terdedah. Kayu podo digunakan untuk hiasan dalaman, papan panel, perabot mahal, dan papan lapis hiasan.

Kembali ke atas