Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Bio) karbohidrat yg menghasil­kan beberapa banyak unit monosakarida (spt glukosa) apabila diuraikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist karbohidrat (spt kanji dan glikogen) yg menghasilkan banyak unit monosakarida (spt glukosa) apabila diuraikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Polisakarida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polysaccharidepolisakaridaHerbaFitokimiaPolimer gula ringkas (monosakarida) yang terjalin bersama melalui ikatan glikosida. Polisakarida yang terdiri daripada gula ringkas yang sama dinamakan homopolisakarida, dan yang terdiri daripada gula ringkas yang berbeza dinamakan heteropolisakarida. Contohnya, polisakarida yang terdiri daripada unit galaktosa dinamakan galaktan. Tiga jenis polisakarida yang penting ialah kanji, glikogen dan selulosa yang kesemuanya glukan. Kanji ialah bahan makanan simpanan utama tumbuhan. Glikogen berfungsi sebagai karbohidrat simpanan bagi haiwan manakala selulosa ialah bahan strukturan bagi tumbuhan. Sinonim glikan.
polysaccharidepolisakaridaKimiaTiadaKumpulan karbohidrat yang terdiri daripada penggabungan banyak unit monosakarida. Sekiranya polisakarida dipecahkan secara hidrolisis, molekul polisakarida yang lebih kecil, iaitu disakarida dan monosakarida terbentuk. Misalnya, selulosa, glikogen dan kanji.
galactantgalaktanKimiaBiokimiaPolisakarida yang membentuk galaktosa apabila dihidrolisiskan. Polisakarida ini terdapat di dalam kayu dan berbagai-bagai rumpair. Galaktan yang paling penting ialah agar-agar.
alginatealginatBioteknologiTiadaPolisakarida yang dihasilkan oleh Pseudomonas aeruginosa dan Azotobacter vinelandii. Polisakarida ini terdiri daripada dua asid uronik, iaitu asid manuronik dan asid gluronik dengan nisbah 4:1 hingga 20:1.
dextrindekstrinKimiaBiokimiaKumpulan polisakarida yang mempunyai formula umum (C6H10O5)nxH2O, dan kumpulan polisakarida ini digunakan dalam penyediaan emulsi dan sebagainya.
polysaccharidepolisakaridaBioteknologiTiadaKarbohidrat berberat molekul tinggi yang terbentuk daripada unit-unit gula (monosakarida) yang dihubungkan oleh ikatan glikosida. Contoh polisakarida ialah kanji, glikogen, selulosa, hemiselulosa, kitin, dan mukopolisakarida.
hemicellulosehemiselulosaBioteknologiTiadaPolisakarida, termasuk xilan, manan, galaktan, dan glukomanan yang terdapat dalam dinding sel tumbuh-tumbuhan peringkat tinggi. Polisakarida ini mempunyai struktur bercabang tanpa kawasan berhablur.
mannanmananKimiaBiokimiaKumpulan polisakarida yang terbentuk daripada gabungan beberapa manosa seperti dalam Tubera salep, atau daripada paduan manosa dengan glukosa seperti dalam Amorphophallus Konjak. Polisakarida jenis ini terdapat di dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan.
celluloseselulosaKimiaBiokimiaPolisakarida atau karbohidrat berpolimer tinggi yang terbina daripada unit-unit anhidroglukosa yang dihubungkan dengan rangkaian oksigen bagi membentuk rantai panjang yang lurus dan tak bercabang. Polisakarida ini menjadi bahan binaan utama bagi dinding sel tumbuh-tumbuhan.
non starch polysaccharidepolisakarida bukan kanjiMakanan dan PemakananMakananKarbohidrat kompleks selain kanji yang terdiri daripada rantaian panjang unit glukosa berulang, terikat dengan ikatan beta-asetal. Ikatan ini tidak boleh dipisahkan oleh enzim dalam saluran pencernaan manusia. Polisakarida bukan kanji merupakan sebahagian besar serat diet termasuk selulosa, pektin, glukan, gam, musilaj, inulin dan kitin (tidak termasuk lignin).
12345678910...

Kembali ke atas