Pic atau ton dalam muzik klasik India. Contohnya, tujuh svara dalam sesuatu raga ialah sa, ri, ga, ma, pa, dha, ni.
Tarian kaum Kadazandusun di Penampang dan dataran pantai Sabah yang ditarikan oleh pasangan penari lelaki dan wanita. Tarian ini dipersembahkan semasa perayaan atau upacara ritual. Terdapat dua pergerakan asas dalam tarian tersebut. Pertama, penari mengalihkan berat badan dari kaki kiri ke kaki kanan sambil mengayun tangan di sisi mengikut rentak lagu. Kedua, penari melompat-lompat sambil mendepakan kedua-dua belah tangan. Tarian sumazau diiringi ensembel gong sompogogungan.
Thanks for clicking. That felt good.