Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Bio) kep ribonucleic acid (asid ribo­nukleik, iaitu sj asid nukleik yg terdapat dlm semua sel organisma hidup, yg me­mainkan peranan penting dlm sintesis protein dan juga merupakan bahan genetik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata RNA


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antisense RNARNA antiertiFarmasiBioteknologi FarmasiAgen terapeutik, iaitu bebenang RNA tunggal yang mempunyai jujukan nukleotida yang komplementari dengan transkrip RNA sasaran. Penghibridan RNA antierti kepada transkrip RNA menyebabkan berlakunya perencatan sementara penghasilan protein. Perencatan protein terjadi melalui tindakan enzim yang memusnahkan gandingan RNA antierti-transkrip RNA. Mekanisme perencatan protein juga terjadi akibat penutupan tapak ikatan ribosom oleh RNA antierti pada mRNA. Contoh aplikasi RNA antierti ialah tomato Flavr Savr yang diubah suai untuk melambatkan tindakan enzim peranuman. RNA antierti juga boleh berganding dengan jujukan DNA untuk membentuk hibrid RNA-DNA. Contohnya, perencatan salinan DNA genom HIV bagi tujuan rawatan.
cross hybridizationpenghibridan silangBiologiGenetikPembentukan hibrid DNA-DNA, RNA-DNA atau RNA-RNA antara prob dan asid nukleik sasaran yang mempunyai jujukannukleotida yang berpelengkap.
small satellite RNARNA satelit kecilBiologiGenetikMolekul RNA kecil yang berasosiasi dengan sesetengah virus RNA tumbuhan. RNA satelit.
annealingpenyepuhanFarmasiBioteknologi FarmasiProses menggandingkan dua bebenang tunggal rantai asid nukleik menjadi DNA/DNA, RNA/RNA atau DNA/ RNA yang saling melengkapi. Penyepuhan juga sering digunakan untuk menggambarkan penggandingan semula bebenang selepas penyahaslian melalui pemanasan, seperti semasa proses tindak balas rantai polimerase (PCR).
ribonucleic acid (RNA)asid ribonukleik (RNA)FizikNanoteknologiSejenis molekul yang terdiri daripada rantaian panjang asid nukleik. Molekul RNA sama seperti molekul DNA, tetapi yang berbeza ialah RNA mengandungi ribosa sementara DNA mengandungi deoksiribosa. Kebanyakan RNA, termasuk RNA pengutus dan RNA pemindah, berfungsi sebagai perantaraan untuk memindahkan maklumat genetik yang tersimpan dalam DNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. RNA ialah nanowayar tabii.
small cytoplasmic RNARNA sitoplasma kecilBiologiGenetikMolekul RNA yang menyerupai RNA nukleus kecil tetapi berada dalam sitoplasma. Dalam keadaan aslinya, RNA ini didapati dalam zarah ribonukleoprotein kecil.
RNA sequencing/RNA-Seqpenjujukan RNABioinformatikBioinformatik MolekulKaedah untuk menentukan jujukan RNA dengan menggunakan penjujukan generasi hadapan (NGS).
messenger RNARNA pengutusFarmasiBioteknologi FarmasiMolekul RNA yang terhasil daripada proses transkripsi DNA oleh RNA polimerase. Rantai polinukleotida ini membawa kod genetik yang mewakili susunan asid amino dalam protein dan berperanan sebagai templat untuk sintesis protein.
messenger RNARNA pengutusFizikNanoteknologiBentuk RNA yang menjadi perantara bagi pemindahan maklumat genetik daripada sel nukleus ke ribosom dalam sitoplasma. Pengutus RNA berfungsi sebagai templat bagi sintesis protein. Molekul mRNA adalah pendek berbanding DNA dan merupakan nanodawai pendek.
small nuclear RNARNA kecil nukleus (snRNA)BiologiGenetikSpesies RNA kecil yang wujud di dalam nukleus. Sebilangannya terlibat dalam proses hiris-cantum atau tindak balas pemprosesan RNA yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas