bai‘ sarf | jual beli mata wang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli wang yang biasanya melibatkan mata wang yang berbeza. Contohnya, jual beli Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika atau Rupiah. Syarak membenarkannya dengan syarat urus niaga itu berlaku secara serentak. Pertukaran wang yang sama jenis diharuskan dengan syarat nilai tersebut sama dan serentak. Urus niaga secara tertangguh menjadikannya riba nasiah atau riba yad, manakala urus niaga wang yang sama jenis tetapi tidak sama nilai menjadikannya riba fadl. Sinonim sarf. |
symbol | simbol | Matematik | Tiada | Tanda, huruf atau rajah yang mewakili objek atau benda yang sebenar. Misalnya p, q, r, ... mewakili anu; 7, 8, 9, ... mewakili nombor; ∆ mewakili segi tiga; + mewakili operasi bahagi; RM mewakili Ringgit Malaysia. |
bond rating | penarafan bon | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses memberi taraf kepada bon oleh agensi penarafan. Di Malaysia, terdapat dua agensi penarafan, iaitu Rating Agency Malaysia Berhad (RAM) dan Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) yang memberi penarafan bon yang didenominasikan dalam Ringgit Malaysia termasuklah bon yang dikeluarkan mengikut prinsip syariah. |
Long-term Ringgit Investment Papers | Kertas Pelaburan Ringgit Jangka Panjang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat pelaburan jangka panjang yang diurusniagakan di pasaran wang dalam nilai ringgit di Malaysia. |
short-term ringgit Investment Papers | Kertas Pelaburan Ringgit Jangka Pendek | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kertas pelaburan jangka pendek yang diurusniagakan dalam nilai ringgit di pasaran wang di Malaysia termasuk sistem cagaran emas dan bil perbendaharaan. |
Islamic benchmark bond | bon tanda aras Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bon yang digunakan sebagai ukur rujuk bagi bon korporat Islam yang ingin diterbitkan. Bon ini mempunyai ciri-ciri khusus seperti boleh diurusniagakan secara aktif di pasaran peringkat kedua, kadar pulangannya ditentukan oleh pasaran dan dikeluarkan secara kerap dan berkala. Kerajaan Malaysia telah menjadikan bon khazanah sebagai bon tanda aras Islam di negara ini. Bon ini dikeluarkan mengikut prinsip murabahah. Tujuan bon ini diperkenalkan untuk menjadi pemangkin pasaran bon ringgit. |