Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Ambil dibubuh dalam puan;
Rumah saya tuan tak mahu pergi,
     Boleh kita jumpa di jalan.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dormousekep dormusKesenianTiadaKep putih bertrim reben bertajuk gelembung dan berunjuran renda yang menutupi telinga, dipakai di rumah oleh wanita Eropah pada akhir abad ke-18.
dormeusekep dormusKesenianTiadaKep putih bertrim reben, bertajuk gelembung dan berunjuran renda yang menutupi telinga, dipakai di rumah oleh wanita Eropah pada akhir abad ke-18.
french nightcapkep dormusKesenianTiadaKep putih bertrim reben, bertajuk gelembung dan berunjuran renda yang menutupi telinga, dipakai di rumah oleh wanita Eropah pada akhir abad ke-18.
Mountmellick embroiderysulam MountmellickKesenianTiadaSeni jarum Ireland yang menggunakan benang putih kasar dalam bentuk corak flora yang besar, berumbai dan berkait. Kegunaan: untuk kain peralatan rumah.
home bleaching techniqueteknik pelunturan di rumahPergigianTiadaTeknik pelunturan gigi terstain yang boleh dilakukan oleh pesakit sendiri dengan menggunakan bahan kimia. Bahan yang berbentuk gel ini boleh dimasukkan ke dalam acuan dan pesakit dikehendaki memasukkan acuan ke dalam mulut selama beberapa minit. Acuan dikeluarkan dan bahan kimia tersebut dibersihkan secara berkumur. Hasilnya gigi yang terstain akan menjadi putih daripada asal.
household talecerita nenekKesusasteraanTiadaCerita dewa-dewi yang disampaikan secara tradisi lisan oleh ahli keluarga sebagai hiburan di rumah. Cerita nenek biasanya mempunyai unsur pengajaran dan nilai moral yang disampaikan oleh ibu atau bapa kepada anak-anaknya. Cerita nenek dikemukakan oleh Jakob Ludwing Carl dan abangnya Wilhelm carl, iaitu Hansem and Gretelm The Frog Prince, Grimm�s Fairy Tales dan Snow White and the Seven Dwarfs. Contoh tempatan yang popular ialah �Batu Belah batu Bertangkup� dan �Bawang Putih, Bawang Merah�.
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput

Kembali ke atas