South East Asia Treaty Organization (SEATO) | Organisasi Perjanjian Asia Tenggara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Organisasi ini diasaskan pada tahun 1954 di bawah perjanjian pertahanan kolektif Asia Tenggara. Pakatan ini dianggotai oleh Australia, Perancis, Britain, New Zealand, Amerika Syarikat, Pakistan, Filipina dan Thailand. Ibu pejabatnya terletak di Bangkok. SEATO ditubuhkan dengan pengaruh kuat negara Barat selepas Perancis berundur dari Indochina. SEATO berperanan untuk menghalang kebangkitan pengaruh komunis di Asia Tenggara. Perjanjian ini diperkuat dengan Piagam Pasifik yang menekankan hak rakyat Asia dan Pasifik bagi kesamaan dan hak penentuan diri. Piagam ini juga menekankan hak menentukan perencanaan matlamat ekonomi, sosial serta kerjasama budaya antara negara anggota. Pelibatan kuasa besar di Indochina pada tahun 1973 telah menggugat semangat setia kawan dalam pakatan ini. Akhirnya SEATO dibubarkan pada tahun 1977. Sinonim SEATO. |
South East Asia Treaty Organization | SEATO | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Lihat Organisasi Perjanjian Asia Tenggara. |
alliance | perikatan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Permuafakatan dua atau lebih negara yang bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang. Terdapat dua jenis perikatan utama, iaitu perikatan defensif bagi mempertahankan diri daripada serangan atau ancaman pihak luar. Kedua, perikatan ofensif yang bertujuan menyerang pihak lain. Contohnya, pada masa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Britain serta Eropah Barat membentuk ikatan kerjasama menentang pihak Fasis. Selain tujuan peperangan, ikatan kerjasama juga dimeterai dalam bidang perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan. Contoh perikatan ialah ASEAN, APEC, NATO dan SEATO. |