sumatra | sumatra | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Badai yang terdapat di Selat Melaka antara bulan April hingga November. Angin ini bertiup laju, kadangkala melebihi 50 km/jam, dari barat daya, dan kadangkala dari barat atau barat laut dan menyebabkan laut berombak tinggi di pantai. Badai ini membentuk arkur kumulonimbus besar (badai lengkung) yang diikuti oleh hujan lebat dan ribut petir, sert penurunan suhu yang mendadak. |
underwater archaeology | arkeologi bawah air | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Subbidang arkeologi yang tertumpu pada warisan kebudayaan yang terdampar di bawah permukaan air termasuk kapal karam dan kota yang tenggelam. Subbidang ini meliputi arkeologi maritim dan arkeologi nautika. Contoh penyelidikan arkeologi bawah air yang telah dijalankan di Malaysia ialah penyelidikan Kapal Risdam dan Desaru yang karam di perairan Johor, serta Kapal Diana di Selat Melaka. |