Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Systéme International (d’Unités) (Sis­tem Unit Antarabangsa, iaitu set unit ukuran, mis meter, kilogram dan liter, utk kegunaan saintifik dan teknikal di seluruh dunia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : simbol kimia bagi silikon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melaku­kan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ pen­jual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : awalan pd berbagai-bagai nama binatang atau tumbuhan, se: ~dingin; ~kedidi; ~tawar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata sandang yg digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, a. sbg nama timangan (panggilan dsb): ~ Bongsu; ~ Ahmad; ~ Manja. b. utk mengejek atau utk menghina: ~ Tolol; ~ Tempang. c. utk menegaskan atau utk menunjukkan orang itu terkena atau melakukan sesuatu dll: ~ mati; ~ penjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Si

Puisi
 

Si patan burung si patan,
     Si patan mari di dalam peti;
Dibuka surat dalam lipatan,
     Surat adinda bersusah hati.


Lihat selanjutnya...(258)
Peribahasa

Si lalar si lalai.

Bermaksud :

Tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di suatu tempat. si latar = berjalan tak tentu arah.

 

Lihat selanjutnya...(60)

39

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Harapkan si untung menggamit, kain di badan jangan didedahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu harapkan si untung menggamit, kain di badan

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
si (Mya)siKesenianTiadaSimbal kecil seakan kesi.
si facemuka siKimiaTiadaTiada
SI systemsistem SISosiologiTiadaSistem unit yang digunakan masa kini, iaitu sistem metrik.
SI UnitUnit SIKejuruteraanTiadaTiada
SI UnitsUnit SIMatematikTiadaSistem unit metrik koheren yang dipersetujui di kalangan antarabangsa untuk digunakan bagi semua maksud sains dan teknik.
acquittalpembebasanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeputusan mahkamah atau tribunal jenayah yang membebaskan atau melepaskan seseorang tertuduh daripada tuduhan. Si tertuduh dibebaskan apabila di hujung perbicaraan, mahkamah mendapati si tertuduh �tidak bersalah�. Si tertuduh yang dibebaskan tidak boleh didakwa sekali lagi atas pertuduhan yang sama atas prinsip ancaman berganda. Amalan ini dipakai dalam undang-undang jenayah antarabangsa.
التفويضmemberi kuasaAgama IslamFiqhPenyerahan kuasa cerai yang diberikan oleh si suami kepada si isteri. Contohnya suami berkata, " Cerailah dirimu sendiri mengikut kehendakmu"
the othersi lainKesusasteraanTiadaKonsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep �diri� yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai �lain�, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses �melainkan� merujuk kepada kegiatan menganggap
siliconsilikonKimiaTiadaUnsur bukan ligam dalam kumpulan IVA (atau 14) jadual berkala, simbol Si, nombor atom 14, berat atom 28.086, nombor pengoksidaan +4, takat lebur 1410°C, takat didih 2355°C, berbentuk hablur berwarna gelap, larut di dalam alkali, campuran asid nitrik dan asid hidrofluorik dan terdapat tiga isotop yang stabil iaitu Si-28, Si-29 dan Si-30. Silikon terdapat dalam silika dan silikat dan disediakan dengan memanaskan silika bersama karbon. Unsur ini digunakan sebagai pendeoksida, agen pengaloian, dan digunakan juga untuk membuat diod, transistor dan semikonduktor.
silica gelgel silikaKejuruteraanKejuruteraan KimiaGel yang disediakan dengan mencampurkan asid dengan kaca air pada keadaan pH yang rendah. Tindak balas pempolimeran dan pemeluwapan kemudian berlaku dengan terbentuknya asid silisik (Si(OH)4] daripada pemeluwapan kumpulan silana (SiOH) untuk membentuk rantaian jenis siloksana (Si-O-Si) yang akan mendapat sebagai gel atau koloid. Gel ini mempunyai keluasan permukaan lebih kurang 700 meter persegi per gram dengan saiz rongga di antara 2.5 � 5 nanometer dan merupakan sifat yang dikehendaki dalam proses tindak balas kimia bermangkin.
12345678910...

Kembali ke atas