Teater patung sarung tangan Cina yang dipersembahkan dalam bahasa Hokkien untuk meraikan hari kelahiran dewa-dewi di kuil Cina di Malaysia dan di Indonesia. Patung tiga dimensi po-te-hi dimainkan oleh dua orang dalang yang memakai sarung patung, menyanyi dan berdialog. Cerita teater ini berkisar tentang kehidupan dan jasa raja serta golongan bangsawan, peperangan antara wilayah dan jeneral serta kasih sayang antara pegawai dengan gadis cantik. Teater ini diiringi ensem
Karya polifoni Ars antiqua pada Zaman Pertengahan dari abad ke-9 hingga abad ke-13. Organum berasaskan cantus firmus yang dipinjam daripada melodi canta. Karya ini merupakan muzik vokal untuk dua atau empat lapis suara. Lapis suara yang mengandungi cantus firmus dikenali sebagai vox principalis manakala barisan melodi yang digubah pada vox principalis pula dikenali sebagai vox organalis. Organum tegas melibatkan gerakan selari antara vox principalis dengan vox organalis. Jarak jeda antara vox principalis dengan vox organalis biasanya ialah jeda ke-4 atau ke-5. Organum berbunga melibatkan gera
Thanks for clicking. That felt good.