Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
green technologyteknologi hijauPertanianAgroteknologiKaedah penghasilan produk atau pengeluaran yang mapan, dengan menggunakan sumber yang boleh dikitar semula, bersifat mesra alam dan tidak menyebabkan pencemaran persekitaran. Dari aspek pertanian, teknologi hijau ialah sistem pengeluaran tanaman yang mengelakkan penggunaan bahan kimia sintetik sebagai baja, racun herba serta racun perosak dan agen penyakit. Sebaliknya, teknologi hijau pertanian menggunakan bahan organik daripada sisa tanaman dan haiwan sebagai baja dan menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengelakkan perosak dan penyakit. Kaedah ini dapat mengelakkan pencemaran air dengan bahan kimia daripada baja dan racun. Selain itu, amalan sistem tanaman bercampur dan tanaman berpusingan digunakan untuk mengurangkan risiko serangan perosak dan penyakit berbanding dengan tanaman tunggal.
Red, Green, Blue (RGB) beamalur Merah, Hijau, Biru (RGB)Teknologi MaklumatTiadaTiga alur warna asas yang digunakan dalam pemprosesan video warna. Video warna dijana dengan mengubahkan keamatan pada dot merah, hijau dan biru. Contohnya, jika ketiga-tiga warna berkeamatan tinggi warna putih dihasilkan.
RGB (red green blue)RGB (merah hijau biru)Teknologi MaklumatTiadaModel warna yang digunakan untuk paparan komputer berbanding CMYK yang digunakan untuk cetakan.
green house productionpengeluaran rumah hijauPertanianAgroteknologiPengeluaran hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau bunga-bungaan dari rumah kaca. Rumah kaca ini menggunakan teknologi tinggi dan dilengkapi dengan kemudahan sistem hidroponik, cahaya, suhu, pengairan dan kawalan komputer untuk meningkatkan pengeluaran secara maksimum. Pengeluaran sebegini jauh lebih tinggi berbanding pengeluaran secara terbuka atau konvensional kerana serangan penyakit dan serangga serta keadaan kelembapan boleh dikawal. Pengeluaran rumah hijau biasanya digunakan untuk penghasilan tanaman bernilai tinggi seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran seperti tomato, strawberi, salad dan cili. Di kawasan beriklim sejuk, pengeluaran rumah hijau membolehkan tanaman dilakukan semasa musim sejuk.
RGB monitormonitor RGBTeknologi MaklumatTiadaSkrin paparan video analog atau digital yang menerima isyarat Merah, Hijau dan Biru secara berasingan dari komputer. Paparan ini menjana imej yang lebih baik berbanding isyarat komposit seperti televisyen yang menggabungkan ketiga-tiga warna tersebut. Monitor RGB juga dikenali sebagai monitor CGA.

HSL (hue, saturation, limunance)HSL (rona, penepuan, limunans)Teknologi MaklumatTiadaModel warna ini berasaskan kepada rona, penepuan dan luminans. Rona merujuk kepada nama warna (seperti hijau, biru, merah). Penepuan merujuk kepada kekuatan atau ketulenan warna tersebut. Luminans menunjukkan kecerahan sesuatu warna, contohnya luminans penuh menghasilkan putih dan tiada luminans menghasilkan hitam.
primary colourwarna primerTeknologi MaklumatTiadaWarna asas kepada semua warna yang boleh dihasilkan dengan mencampur dan mengadunkan sekurang-kurangnya satu daripada warna primer. Warna primer bergantung kepada model warna. Contohnya, warna primer untuk model warna RGB ialah merah, hijau, dan biru. Manakala warna primer untuk model warna CYMK ialah sian, kuning, magenta dan hitam.

pixelpikselTeknologi MaklumatTiadaSingkatan kepada picture element (unsur gambar). Unsur gambar yang terkecil yang skrin monitor boleh paparkan. Lokasi piksel ditentukan oleh koordinat (baris, lajur). Resolusi imej yang tinggi mempunyai bilangan piksel yang banyak. Contohnya, skrin monitor yang beresolusi 1024 x 768 mempunyai 786,432 piksel iaitu 1024 lajur piksel dan 768 baris piksel. Jika skrin monokrom satu piksel dibentuk oleh satu dot. Jika skrin warna satu piksel dibentuk oleh tiga dot (merah, hijau, biru).
12

Kembali ke atas