local memory | ingatan tempatan | Teknologi Maklumat | Tiada | Ingatan yang digunakan oleh UPP tunggal atau diperuntukkan kepada atur cara atau fungsi tunggal. |
program counter | pembilang atur cara | Teknologi Maklumat | Perisian | Salah satu daftar status dalam unit pemproses pusat (UPP). Daftar ini mengambil alamat bait pertama suatu arahan untuk suatu pelaksanaan, dan seterusnya berganjak ke alamat berikutnya dengan menokok pembilang atur cara satu demi satu untuk melaksanakan arahan seterusnya. |
assembly language | bahasa himpunan | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa komputer paras rendah yang menggantikan nama abjad angka dengan kod pengendali dan alamat yang terdapat dalam bahasa mesin. Utiliti himpunan akan menterjemah kod sumber bahasa himpunan ini baris demi baris kepada kod perduaan yang boleh dilaksanakan. Kod yang dijanakan oleh penghimpun ini hanya boleh dilaksanakan oleh satu jenis atau satu kelompok mesin sahaja. Bahasa himpunan adalah khusus untuk satu jenis UPP sahaja, sebaliknya satu UPP boleh mengandungi beberapa bahasa himpunan yang ditulis padanya. |
fatal error | ralat maut | Teknologi Maklumat | Perisian | Keadaan yang berlaku pada sistem atau atur cara, sehingga menyebabkannya terus tidak berfungsi atau gangguan pada keseluruhan sistem. Contohnya, atur cara yang membolot 100% masa UPP dan mengakibatkan sistem menjadi lahu. Keadaan ini biasanya berlaku kerana kesilapan pengekodan, pengujian yang tidak tuntas atau kehilangan fail yang diperlukan. |