Visual Basic (VB) | Visual Basic (VB) | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa pengaturcaraan generasi ketiga yang mempunyai ciri persekitaran pembangunan bersepadu (IDE) yang dibangunkan oleh Microsoft. VB juga merupakan bahasa pengaturcaraan yang mudah dipelajari dan mudah digunakan kerana mempunyai ciri pembangunan grafik dan warisan bahasa pengaturcaraan BASIC. VB membolehkan pembangunan aplikasi pesat (RAD) bagi aplikasi antara muka pengguna grafik (GUI), capaian pangkalan data menggunakan objek capaian data, objek data jauh, objek data ActiveX, dan pembinaan objek dan kawalan ActiveX. Bahasa penskriptan seperti VBScript secara sintaksnya adalah sama dengan VB, tetapi cara pelaksanaannya berbeza. VB terkini yang dilancarkan pada tahun 2008 ialah VB.NET. |
niobium | niobium | Kimia | Tiada | Unsur logam dalam kumpulan VB (atau 5) jadual berkala, simbol Nb, nombor atom 41, berat atom 92.906, nombor pengoksidaan +4 dan +5, takat lebur 2468°C, takat didih 4742°C, berbentuk pepejal putih dan mulur. Sumber semula jadi niobium ialah bijih niobit. Niobium diperoleh secara pemanasan niobium oksida dan niobium karbida di dalam vakum. Niobium digunakan untuk membuat aloi magnet, aloi superkonduktor dan aloi keluli. |
tantalum | tantalum | Kimia | Tiada | Unsur logam peralihan dalam kumpulan VB (atau 5) jadual berkala, simbol Ta, nombor atom 73, berat atom 180.948, nombor pengoksidaan +2, +3 dan +5, takat lebur 2996°C, takat didih 5425°C, berbentuk serbuk hitam atau pepejal mulur berwarna biru kekelabuan, larut di dalam alkali lakur, tetapi tidak larut di dalam asid kecuali asid hidrofluorik dan asid sulfurik berwasap dan terdapat dua isotop yang stabil, iaitu Ta-181 dan Ta-180. Tantalum diperoleh daripada pemanasan tantalum kalium fluorida di dalam relau elektrik atau daripada penurunan tantalum kalium fluorida dengan natrium. Tantalum digunakan untuk membuat kapasitor, radas kimia, tiub vakum atau sebagai mangkin. |
vanadium | vanadium | Kimia | Tiada | Unsur logam peralihan dalam kumpulan VB (atau 5) jadual berkala, simbol v, nombor atom 23, berat atom 50.94, 2,3,4 dan 5, takat lebur 1890°C, takat didih 3380°C, berbentuk pepejal mulur, berwarna putih, larut di dalam asid nitrik, asid hidrofluorik dan asid sulfurik pekat, dan terdapat dua isotop yang stabil, iaitu V-51 dan V-50. Vanadium terdapat semula jadi dalam bijih vanadinit, patronit dan karnotit. Unsur ini disediakan secara penurunan vanadium pentoksida dengan kalsium. Vanadium digunakan untuk membuat aloi dan sebatian vanadium, dan digunakan uga sebagai mangkin dalam penghasilan asid sulfurik dan getah tiruan. |
hahnium | hahnium | Kimia | Tiada | Unsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan VB (atau 5) jadual berkala, simbol Ha, nombor atom 105 dan berat atom 260. |
active server page (ASP) | halaman pelayan aktif (ASP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu spesifikasi untuk membangunkan laman web dinamik dengan menggunakan skrip AktifX, selalunya skrip VB atau kod Jscript. Nama fail ASP berakhir dengan sambungan ‘.asp’. ASP yang dibangunkan oleh Microsoft adalah alternatif kepada skrip antara muka get laluan sepunya (CGI). |
average acceleration | pecutan purata | Fizik | Mekanik | Perubahan halaju awal (katakan pada kedudukan A) dan halaju akhir pada gerakan (katakan pada kedudukan B), dibahagi dengan waktu dari titik A ke titik B. Secara matematik ditulis sebagai: (VA,tA = halaju dan waktu pada kedudukan A; (VB,tB = halaju dan waktu pada kedudukan B.) |
Brokaw correlation | korelasi Brokaw | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi Hirschfelder yang diperbaik untuk meramalkan pekali resapan gas perduaan yang mengandungi molekul berkutub dengan menganggarkan kamiran perlanggaran sebagai WD = WDO + 0.196 dAB2/T*, T* = kB T/eAB, eAB = (eA/kB + eB/kB)1/2, eA = 1.18 (12 + 1.3 dA) TB, dAB = (dA dAB)1/2, dA = 1.94 x 103 mP/(VB TB), dengan WD = kamiran perlanggaran bahan berkutub, WDO = kamiran perlanggaran bahan tak berkutub, kB = pemalar Boltzmann, VB = isi padu molar larutan pada suhu didih, TB = suhu didih, T = suhu. |