International Comission for the Preservation of Islamic Cultural Heritage (ICPICH) | Suruhanjaya Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Islam Antarabangsa (ICPICH) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bertanggungjawab mengutip dana dan mengagihkannya kepada negara anggota bagi memelihara dan membaik pulih warisan kebudayaan Islam seperti bandar, monumen, perpustakaan dan manuskrip. |
underwater archaeology | arkeologi bawah air | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Subbidang arkeologi yang tertumpu pada warisan kebudayaan yang terdampar di bawah permukaan air termasuk kapal karam dan kota yang tenggelam. Subbidang ini meliputi arkeologi maritim dan arkeologi nautika. Contoh penyelidikan arkeologi bawah air yang telah dijalankan di Malaysia ialah penyelidikan Kapal Risdam dan Desaru yang karam di perairan Johor, serta Kapal Diana di Selat Melaka. |
conservative culture | kebudayaan konservatif | Sejarah | Tiada | Budaya yang masih mengekalkan ciri-ciri lama atau tradisi yang menjadi warisan zaman ke zaman serta tidak mudah menerima sebarang perubahan. |
negritude | negritude | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance. |