YUV | YUV | Teknologi Maklumat | Tiada | Model warna yang digunakan untuk pengekodan video. Y adalah keluminansan isyarat hitam dan putih. U dan V merujuk perbezaan warna isyarat. U adalah merah minus Y (R-Y), dan V adalah biru minus Y(B-Y). Data YUV perlu ditukarkan kepada RGB melalui proses yang disebut "penukaran ruang warna" sebelum boleh dipaparkan pada skrin komputer. Model YUV ini digunakan kerana penjimatan ruang storan dan penjimatan lebar jalur penghantaran berbanding RGB. YUV adalah setara secara matematik dengan RGB dan bukannya pemadatan RGB. Juga dikenali sebagai video komponen. YUV ditulis dalam pelbagai cara iaitu: (1) Y, R-Y, B-Y, (2) Y, Cr, Cb dan (3) Y, Pa, Pb. |
Helmholtz equation | persamaan Helmholtz | Fizik | Akustik | Persamaan menjelaskan rambatan gelombang elektromagnet yang diungkapkan sebagai, �2 y + k2 y = o (y = fungsi gelombang; k = vektor gelombang) |
Dirac delta function | fungsi delta Dirac | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fungsi yang ditakrifkan sebagai d(y) = 0, jika y � 0. Dengan y = pemboleh ubah, y = x � x0. Pemboleh ubah x ialah sebarang nilai di antara julat a ? x � b dan x0 ialah sebarang nilai di antara a dan b. Fungsi delta Dirac ialah agihan yang dinormalkan dengan lebar yang sifar yang terletak pada x = x0. |
Y | Y | Biologi | Genetik | lih. kromosom Y. |
Milne method | kaedah Milne | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah yang diperbaik untuk menyelesaikan persamaan ODE dengan menggunakan algoritma berikut: peramal persamaan P(y�j+1) = �(xj-1, P(yj+1)], kebezaan pembetul C(yj+1) = yj-1 + h[y�j+1 + 4y�j + P(y�j+1)], persamaan C(y�y+1) = �[xj+1,C(yj+1)], kebezaan dan seterusnya nilai y bagi setiap lelaran ditentukan sebagai yj+1 = y�j-1 + 4y�j + C(y�j+1). (rujuk m/s 122) (Rujuk kaedah Runge-Kutta bagi penjelasan simbol). |
regression line (of y versus x) | garis regresi (y lawan x) | Hidrologi | Tiada | Lengkung yang dilukis di satah �(X, Y) dengan dicocokkan kepada semua nilai min Y pemboleh ubah Y untuk selang tertentu sekitar X. (Chow) |
Y-scale | skala Y | Sukan | Tiada | Skala sisi bentuk Y. |
Y interchange | persimpangan Y | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Persimpangan jalan yang berbentuk Y. |
Y chromosome | kromosom Y | Biologi | Genetik | Salah satu daripada dua jenis kromosom seks pada kebanyakan organisma. bd. kromosom X.Y. |
Y chromosome | kromosom Y | Bioteknologi | Tiada | Salah satu pasangan kromosom penentu seks yang terdapat dalam organisma diploid. Pada manusia, kromosom Y ialah kromosom lelaki. |