Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Zimbabwe


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
land locked statenegara tanpa lautSains PolitikHubungan AntarabangsaNegara yang tidak mempunyai pantai atau pinggir laut. Antara negara yang bersifat demikian ialah Afghanistan, Austria, Bhutan, Bolivia, Botswana, Chad, Czechoslovakia, Hungary, Laos, Luxembourg, Nepal, Mali, Switzerland, Uganda, Zambia dan Zimbabwe. Semasa Konvensyen Undang-Undang Laut (1982), usaha telah dilakukan untuk memberikan beberapa hak maritim kepada negara tanpa pantai termasuklah yang berkaitan dengan sumber dasar laut. Hak maritim ini termaktub dalam doktrin warisan sejagat. Negara tanpa pantai biasanya mudah terdedah dengan teknik perang ekonomi yang dilancarkan oleh negara jiran yang mempunyai pantai disebabkan kedudukan geografinya. Keadaan ini disebabkan negara jiran berupaya mengawal atau menyekat sebarang barangan atau perkhidmatan yang melalui pelabuhannya daripada sampai ke negara tanpa pantai tersebut.
de factode factoSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi yang menggambarkan individu atau pihak yang sebenarnya berkuasa dalam sesebuah organisasi, walaupun tidak memegang jawatan berkenaan secara rasmi. Individu yang bersifat de facto ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai keabsahan, tetapi lebih merujuk kepada autoriti dalam memberi arahan, perintah dan penentu keputusan kesatuan atau pemerintahan. Segala tindakan dan arahan de facto biasanya bersifat di belakang tabir. Contohnya, negara Rhodesia sebelum pembentukan Zimbabwe berada di bawah pemerintahan de facto Britain. Sinonim pada hakikatnya.

Kembali ke atas