Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zio.nis] | زيونيس

Definisi : anggota (pengikut atau penyokong kuat) Zionisme: mereka menentang kezaliman yg dilakukan oleh Amerika yg didalangi oleh pihak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Zionis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zionismfahaman zionisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang dibentuk pada tahun 1880-an. Fahaman ini menerangkan kesedaran nasionalis Yahudi yang berusaha menempatkan orang Yahudi di Palestin. Walaupun tidak semua orang Yahudi berfahaman zionis dan tidak semua mahu tinggal di Israel, namun mereka masih menyokong perjuangan Israel. Sinonim zionisme.
zionistzionisPentadbiranTiadaTiada
zionistzionisSains PolitikTiadaTiada
zionistzionisSejarahTiadaTiada
zionismzionismeSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat fahaman zionis.
Organisation of Islamic Cooperation (OIC)Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1969 menerusi Piagam Pertubuhan Persidangan Islam sebagai tindak balas dunia Islam terhadap serangan Zionis yang membakar Masjid al-Aqsa. Antara objektif OIC adalah untuk memupuk perpaduan Islam antara negara anggota, memperkukuh kerjasama negara anggota dalam bidang seperti ekonomi, kebudayaan sosial dan saintifik, menyelaraskan usaha bagi melindungi tempat-tempat suci Islam serta menyokong perjuangan bangsa Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Zionis.
infiltrationpenerobosanSains PolitikHubungan AntarabangsaAktiviti penyusupan merentasi sempadan geografi negara atau kawasan kawalan untuk pelbagai tujuan seperti menyebarkan pengaruh politik, ekonomi dan budaya. Contohnya, penerobosan rejim zionis dalam struktur pentadbiran Amerika Syarikat mengenai dasar luar terhadap negara-negara Timur Tengah.
Balfour DeclarationDeklarasi BalfourSains PolitikHubungan AntarabangsaPerisytiharan sokongan Britain terhadap pembentukan negara Yahudi di Palestin. Deklarasi ini mengambil sempena nama Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour yang mengutuskan surat sokongan kepada ketua persekutuan zionis Inggeris, Lord Rothchild pada 2 November 1917. Pernyataan sokongan ini menjadi dasar politik gerakan zionisme. Berikutan deklarasi ini, PBB bersetuju membahagikan Palestin kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk Yahudi dan sebahagian lain untuk Arab Palestin. Pada 14 Mei 1948, mandat Britain ke atas Palestin berakhir dan pada masa yang sama Israel mengisytiharkan pembentukan negara untuk orang Yahudi di Palestin.
draft resolutiondraf resolusiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKenyataan awal mengenai sesuatu ketetapan. Draf ini perlu mendapat persetujuan anggota-anggota sebelum menjadi satu keputusan. Dalam undang-undang antarabangsa, draf resolusi dibuat oleh anggota sesuatu organ (komponen utama dalam sesebuah pertubuhan antarabangsa) Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) seperti Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung untuk mendapatkan persetujuan negara anggota lain bagi mengambil langkah atau tindakan tertentu. Contohnya, pada tahun 2014, Jordan secara rasmi telah menyerahkan satu draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB bagi meminta perdamaian antara Israel dan Palestin diadakan dalam tempoh setahun dan rejim Zionis perlu menamatkan pendudukannya di semua wilayah Palestin menjelang 2017.

Kembali ke atas