zinc | zink | Veterinar | Tiada | Simbol: Zn. Unsur logam berwarna biru keputih-putihan yang penting sebagai unsur surih bagi organisma hidup. Unsur ini berfungsi dalam sintesis protein, penggandaan sel, mengekalkan pertumbuhan bulu, rambut, tulang dan kulit. Unsur ini juga merupakan komponen dan kofaktor dalam beberapa enzim serta berperanan penting dalam sintesis insulin. Dalam tubuh, unsur ini berinteraksi dengan kuprum dan boleh mengurangkan keracunan kuprum. Kekurangan unsur ini boleh menyebabkan ternakan kehilangan selera makan, anemia, pertumbuhan rambut dan bulu yang tidak normal, parakeratosis, merencatkan pertumbuhan serta merendahkan kecekapan makanan. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada yis, dedak dan germa bijirin. Pemberian unsur ini secara berlebihan boleh menyebabkan ternakan kurang selera makan dan menunjukkan gejala kekurangan kuprum. |
zinc | zink | Kejuruteraan | Tiada | Unsur logam bersimbol Zn dan bernombor atom 30. |
zink stearate | zink stearat | Kimia | Forensik | Formula kimia, Zn(C18H35O2)2. Serbuk putih, tak larut dalam air, etanol dan eter, larut dalam benzena dan menyerap minyak dan bau dengan mudah. Zink stearat digunakan sebagai serbuk untuk mengurangkan kerengsaan kulit, sebagai astringen, dan sebagai antiseptik setempat sederhana kuat. Zink stearat juga digunakan dalam industri getah, yang had pendedahannya ialah 10 mg/m3. Kesan sampingan oleh penyedutan akan merengsa paru-paru, yang menyebabkan pneumonitis kimia progresif. |
alcohol dehydrogenase | alkohol dehidrogenase | Kimia | Biokimia | Oksidoreduktase yang mengandungi Zn dan digunakan sebagai mangkin dalam proses pengoksidaan berbalik alkohol primer dan alkohol sekunder kepada aldehid dan keton di dalam kehadiran NAD+ seperti dalam pengoksidaan etanol kepada asetaldehid. |
danalite | danalit | Kimia | Tiada | Mineral yang mengandungi silikat dan sulfida besi dan berilium, (Fe, Mn, Zn)4Be3(SiO4)3S. |
zinc | zink | Kimia | Tiada | Unsur logam peralihan dalam kumpulan IIB (atau 12) jadual berkala, simbol Zn, nombor atom 30, berat atom 65.39, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 419°C, takat didih 907°C, berbentuk pepejal putih berkilauan, tertempakan, sangat elektropositif, larut di dalam asid dan alkali tetapi tidak larut di dalam air dan terdapat lima isotop yang stabil. sumber semula jadi zink ialah bijih zink spar, zink blend dan zinsit. Zink diekstrak daripada bijihnya secara penyulingan. Unsur ini digunakan untuk membuat aloi dan elektrod sel kering. |
cufraneb | kufraneb | Biologi | Patologi | Nama am fungisid pelindung dalam kumpulan ditiokarbamat yang mengandungi Cu, Fe dan Zn. Fungisid ini mempunyai spektrum yang sangat luas. |
trace element | unsur surih | Bioteknologi | Tiada | Unsur yang diperlukan dalam kepekatan yang rendah untuk menampung pertumbuhan organisma hidup misalnya zink (Zn) besi (Fe), kuprum (Cu), dan magnesium (Mg). Unsur ini berperanan sebagai kofaktor dalam tindak balas enzim, pengangkutan elektron, dan pengangkutan melalui membran. |
heavy metals | logam berat | Biologi | Ekologi | Unsur-unsur yang mempunyai berat molekul yang tinggi, yang pada amnya beracun pada tumbuhan dan haiwan, walaupun dengan kepekatan yang rendah. Logam-logam ini biasanya merupakan sisa sekitaran, dan menunjukkan pengumpulan biologi. Misalnya, raksa (Hg), kromium(Cr), kadmium (Cd), arsenik, plumbum (Pb), zink (Zn), tembaga (Cu), dan ferum (Fe). |
plant nutrient | nutrien tumbuhan | Pertanian | Agronomi | Unsur pemakanan yang diperlukan oleh tumbuhan untuk tumbesaran. Unsur pemakanan perlu terdiri daripada 16 unsur yang terbahagi kepada makro dan mikro mengikut kadar yang diperlukan. Contoh unsur pemakanan makro ialah Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Kalium (K), manakala unsur pemakanan mikro ialah zink (Zn) dan Kuprum (Cu). |