Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata a cappella


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
a capellaa cappellaMuzikTiada

Nyanyian berpadu suara secara berkumpulan tanpa diiringi alat muzik. A capella juga merujuk kepada nyanyian di dalam gereja sehingga abad ke-19. Contohnya, Missa Papae Marcelli oleh Palestrina.

part songlagu padu suaraMuzikTiada

 Karya korus yang wujud pada akhir abad ke-18 dan menjadi semakin popular pada abad ke-19, terutamanya di England. Melodi utama wujud pada lapis soprano, bertekstur homofoni dan berteks sekular. Karya ini dinyanyikan secara a cappella atau diiringi alat organ atau piano. Schubert, Robert Schumann dan Felix Mendelsohn adalah antara komposer Zaman Romantik yang telah menghasilkan lagu padu suara. Contohnya, 3 Gesange, Op. 62 untuk suara lelaki oleh Robert Schumann (1810-1856) dan It Came Upon the Midnight Clear oleh Arthur Sullivan (1842-1900).

madrigalmadrigalMuzikTiada

 Karya vokal Itali yang berdasarkan teks sekular. Madrigal merupakan genre yang popular pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Madrigal digubah bagi dua hingga lapan lapis suara dan bertekstur polifoni imitasi. Kebanyakan madrigal ialah karya a cappella. Madrigal pada abad ke-16 diiringi basso continuo.


Kembali ke atas