ad hoc authority | kuasa ad hoc | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Autoriti sementara yang dimiliki oleh individu atau jawatankuasa dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan. Kuasa ad hoc biasanya diberi kepada kumpulan individu yang mempunyai kepakaran tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesebuah organisasi, projek atau program. Walaupun kuasa ini bersifat sementara, individu atau jawatankuasa yang memiliki kuasa ini turut terikat dengan peraturan dan undang-undang serta mempunyai had tertentu menurut bidang kuasa yang telah diperuntukkan. Contohnya, Suruhanjaya Diraja yang dilantik khas mempunyai kuasa ad hoc dalam mengendalikan sesuatu kes yang diamanahkan. Apabila kes tersebut selesai, Suruhanjaya Diraja tersebut akan dimansuhkan. |
ad hoc judge | hakim ad hoc | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hakim yang dilantik khusus untuk sesuatu kes sahaja dan tempoh pemegangan jawatannya berakhir setelah selesainya kes tersebut. Contohnya, dalam kes pertikaian Batu Putih, terdapat dua orang hakim ad hoc yang masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura turut terlibat dalam membuat pengadilan dalam kes tersebut. |
ad hoc committee | jawatankuasa ad hoc | Sains Politik | Politik Perbandingan | Jawatankuasa yang dibentuk bagi menangani sesuatu perkara atau masalah yang memerlukan penyelesaian atau pengurusan yang segera. Jawatankuasa ini dibentuk bagi memelihara kepentingan sesebuah masyarakat. Komuniti ini bersifat sementara dan keabsahannya hanya wujud dalam tempoh melaksanakan sesuatu tugas. Jawatankuasa ini akan dibubar setelah tugas yang diberi selesai. Contohnya, jawatankuasa ad hoc yang ditubuhkan bagi menangani kesan wabak SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk). |
ad hoc | ad hoc | Pendidikan | Tiada | Untuk tujuan khusus sahaja. |
ad hoc | ad hoc | Perubatan | Tiada | Untuk tujuan khusus sahaja. |
ad hoc | ad hoc | Pentadbiran | Tiada | Untuk tujuan khusus sahaja. |
ad hoc | ad hoc | Undang-undang | Tiada | Untuk tujuan khusus sahaja. |
ad hoc committee | jawatankuasa ad hoc | Pentadbiran | Tiada | Jawatankuasa yang ditubuhkan khas untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah tertentu berdasarkan keperluan yang mendesak pada ketika itu sahaja. |
ad hoc planning | perancangan ad hoc | Geografi | Tiada | Tiada |
ad hoc chamber | kamar ad hoc | Undang-undang | Tiada | Tiada |