Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Tetak tebu tempatku mandi,
     Layang-layang di Padang Semu;
Jangan sedih dalam hati,
     Ada hayat boleh bertemu.


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Jika ada padi berhampalah;
     jika ada hati berasalah.

Bermaksud :

Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
choleresiskoleresisPerubatanTiadaPerembesan hempedu oleh hati, sama ada secara kolepoiesis atau hidrokoleresis.
Pick�s diseasepenyakit PickPerubatanTiada1. Atrofi lobus otak. 2. Asites dan penyakit hati berserat yang ada kaitan dengan perikarditis konstriksi; disebut juga pseudosirosis perikardium hati.
envyiri hatiPerubatanTiadaKeinginan untuk memiliki sifat atau kelebihan yang ada pada orang lain.
prooxidantbahan prooksidaHerbaFitokimiaSebatian kimia yang menggalakkan tekanan oksidatif sama ada melalui pembentukan spesies oksigen reaktif atau perencatan sistem bahan antioksida. Contohnya, pengambilan berlebihan bahan analgesik parasetamol mengakibatkan kemusnahan hati yang sebahagian kemusnahan tersebut berpunca daripada penghasilan spesies oksigen reaktif. Sesetengah sebatian boleh bertindak sebagai bahan antioksida dan bahan prooksida bergantung pada keadaan tertentu seperti kepekatan sebatian kimia, kehadiran oksigen atau logam peralihan.
cancer pain managementpengurusan nyeri kanserPerubatanTiadaPengurusan pesakit yang mengalami nyeri akibat kanser seperti kanser payudara, hati dan tulang. Pengamal perubatan akan memberikan ubat penahan sakit sama ada secara oral, suntikan intramuskular, suntikan intravena, infusi atau melakukan sekatan saraf pusat dan periferi berserta pemberian psikoterapi untuk mengurangkan nyeri tersebut.
by the prudent exercise of his powersdengan menjalankan kuasanya dengan hematUndang-undangTiadaMelakukan sesuatu dengan menggunakan atau menjalankan kuasa yang ada padanya secara hemat atau berhati-hati.
free associationperkaitan bebasPsikologiPsikologi UmumTeknik psikoanalisis yang memberi kebebasan kepada klien untuk menyatakan perkara yang dirasai dalam pemikirannya tanpa mengambil kira sama ada hal tersebut memalukan atau menyakitkan hati. Pemikiran seseorang klien akan dibiarkan mengalir bagai arus tanpa halangan supaya segala pemikiran dan perasaan yang ingin disembunyikan atas sebab tertentu boleh dilahirkan dengan baik dan jelas. Teknik ini merupakan salah satu teknik asas yang digunakan oleh Freud untuk menyelami dasar neurosis yang dialami oleh seseorang klien.
romanticismromantisismeKesusasteraanTiadaAliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada be
beliefkepercayaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPegangan agama atau keyakinan moral seseorang. Pegangan ialah salah satu hak sivil dan politik yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa. Piawaian yang mengawal selia kebebasan beragama dan kepercayaan terdapat dalam Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, yang memperuntukkan bahawa �Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, suara hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, sama ada secara bersendirian atau secara berkomuniti dengan orang lain dan di khalayak ramai atau di tempat persendirian, untuk menzahirkan agamanya atau kepercayaannya dalam bentuk ajaran, amalan, penyembahan dan ketaatan.� Walau bagaimanapun, Islam melindungi kebebasan suara hati dan pemikiran manusia dan mengajar penganutnya supaya menghormati dan bertoleransi terhadap semua agama kerana al-Quran dengan jelas menegaskan bahawa �Tidak harus ada sebarang paksaan dalam urusan agama.� [2:257] Ini bermakna, tiada paksaan atau kek
universalitykesejagatanKesusasteraanTiadaSifat seni atau sastera yang mengatasi batas-batas ruang dan masa, dan menjadi tarikan kepada manusia sejagat. Longinus, seorang ahli falsafah Yunani mengungkapkan bahawa karya sastera yang bermutu tinggi sentiasa menyenangkan hati semua manusia pada bila-bila masa dan di mana juga. Menurut beliau, sebarang penulisan yang membangkitkan kesan rasa yang dapat dikongsi bersama dan berkekalan, mempunyai unsur dan nilai kesejagatan. Kesejagatan ditampilkan dengan kehadiran pelbagai sifat, idea, nilai dan keperluan asasi manusia yang dapat dikongsi bersama. Antara ciri utama yang memperlihatkan kesejagatan dalam sastera ialah watak manusia yang sentiasa berusaha mencari kebahagiaan, atau manusia yang terlibat dalam pertarungan antara kebaikan dengan kejahatan. Ada pendapat yang menganggap bahawa penampilan tipa induk dalam karya sebagai ciri kesejagatan kerana kaitannya dengan ingatan tidak sedar kolektif manusia. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin universalis yang bermaksud �semua, secara kolektif, dan
12

Kembali ke atas