farcical tales | cerita jenaka | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang berkisar pada seseorang tokoh yang lucu. Kelucuan ada kalanya kerana kebodohannya dan ada kalanya kerana kecerdasannya. Contoh: cerita Lebai Malang dan cerita Musang Berjanggut. |
fautes unilitteres Per. | silap sehuruf | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan ketika menulis semula naskhah, ada kalanya tertinggal satu huruf dalam satu-satu perkataan. |
deck jacket | jaket geladak | Kesenian | Tiada | Jaket pendek kalis air, berhud, berzip di hadapan, ada kalanya berlapis kain pail nilon, bahagian leher dan pergelangan tangannya dikait dengan kait permatang; dipakai oleh pelaut atau pelayar ketika berada di kapal. |
ferme systeme Per. | sistem tertutup | Kesusasteraan | Tiada | Penurunan naskhah yang terbatas pada satu garis keturunan ada kalanya teks disalin satu demi satu dari atas ke bawah atau dari contoh ke salinan. |
corsage | korsaj | Kesenian | Tiada | 1. Gubahan bunga yang cantik, dipakai pada bahagian bahu dan pinggang pakaian wanita, ada kalanya dipakai di pergelangan tangan, dalam upacara rasmi.,2. Istilah yang digunakan untuk bahagian badan pakaian wanita. |
shirt jacket | jaket kemeja | Kesenian | Tiada | Kemeja berkancing hadapan, dipakai lepas, bercirikan belahan di sisi, berkocek tutup dan ada kalanya dipakai terbuka di sebelah luar kemeja atau kemeja kait. Namanya diambil dari kombinasi kemeja dan jaket. |
shirt waist | kemeja pinggang | Kesenian | Tiada | 1. Blaus wanita berpotongan kemeja lelaki yang bercirikan belah di hadapan berkolar kemeja dan ada kalanya dipakai dengan tali leher hitam, diperkenalkan pada tahun 1890-an.,2. Blaus wanita bergaris leher santak, berbelah dan berbutang di belakang. Pakaian siap pakai yang pertama diperkenalkan selepas tahun 1920. Istilah ini lebih dikenali sebagai blaus. |
shirt waister | kemeja pinggang | Kesenian | Tiada | 1. Blaus wanita berpotongan kemeja lelaki yang bercirikan belah di hadapan berkolar kemeja dan ada kalanya dipakai dengan tali leher hitam, diperkenalkan pada tahun 1890-an.,2. Blaus wanita bergaris leher santak, berbelah dan berbutang di belakang. Pakaian siap pakai yang pertama diperkenalkan selepas tahun 1920. Istilah ini lebih dikenali sebagai blaus. |
symptom nomenclature | tatanama gejala | Biologi | Patologi | Kaedah dan tatacara menamakan gejala penyakit, iaitu berdasarkan gejala khas yang nampak. Kaedah ini ada kalanya dikaitkan dengan nama penyebab penyakit atau mekanisme perkembangan penyakit. Contohnya belak, cerana, layu, kudis, bantut dan lain-lain. |
annal | catatan sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Catatan atau rekod bersifat sejarah yang ditulis berdasarkan urutan masa, tahun demi tahun secara kronologi. Ada kalanya catatan masa lengkap dengan tahun, bulan, dan hari. Catatan sejarah merupakan suatu bentuk penulisan sejarah yang awal. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, wujud sejenis karya yang mempunyai ciri-ciri penulisan catatan sejarah, yang dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah. Dalam karya berkenaan, unsur sejarah dapat dilihat, terutamanya berkaitan dengan penurunan salasilah raja-raja, pembukaan kota, dan rentetan peristiwa berkronologi yang berlaku dalam sesebuah kerajaan. Contoh karya dalam kesusasteraan Arab ialah Kital al-Suluk oleh al-Maqrizi. Manakala contoh karya catatan sejarah yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Karya catatan sejarah juga disebut sebagai kronikel. Penggunaan kronikel mencakupi bidang yang lebih luas, meliputi peristiwa utama dalam pemerintahan |