Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adaptif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frequency-dependent fitnessketegapan bergantung frekuensiBiologiGenetikFenimena apabila nilai adaptif genotip berubah mengikut perubahan pada frekuensi alel.
cognitive assessmentpentaksiran kognitifPsikologiPsikologi UmumPenilaian yang menyediakan maklumat tentang aspek pemikiran sama ada bersifat adaptif dan maladaptif. Peranan pemikiran ini melibatkan proses perancangan, membuat keputusan dan menginterpretasi realiti. Penilaian ini juga menyediakan maklumat tentang kesan prosedur tertentu yang mungkin akan mengubah cara subjek berfikir tentang sesuatu masalah dan cara mereka bertingkah laku.
mental retardationterencat mental/terencat akalKejururawatanTiadaKeadaan kecerdasan akal individu di bawah paras normal. Hal ini akan menyebabkan kekurangan kemahiran adaptif seperti komunikasi, penjagaan diri, kemahiran sosial, akademik atau kerja.
emotionemosiPsikologiPsikologi UmumKeadaan yang dicirikan oleh perubahan fisiologi dan psikologi yang biasanya dapat dilihat menerusi air muka seseorang. Perkataan ini berasal dari Greek yang bermaksud bergerak, iaitu emosi boleh membuatkan individu bergerak untuk melakukan sesuatu. Apabila perasaan takut, marah atau gembira menyerang individu, badannya akan dirangsang atau dimotivasikan untuk bertindak melakukan sesuatu seperti melarikan diri, menyakitkan orang lain atau ketawa riang. Emosi biasanya dikaitkan dengan tingkah laku adaptif seperti menyerang, melarikan diri, mencari keselesaan, menolong orang lain dan sebagainya. Tingkah laku sedemikian akan membantu individu untuk meneruskan kehidupannya. Perubahan emosi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti perubahan dalam kadar denyutan jantung, peningkatan tekanan darah serta perubahan fizikal seperti yang ditunjukkan melalui tangan yang menggeletar, bulu roma meremang dan sebagainya.

Kembali ke atas