Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbagai-bagai adat yg diikut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jalan diasak orang lalu,
     cupak dipepat orang menggalas.

Bermaksud :

Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ritualritualKesusasteraanTiadaSemua upacara yang berkaitan dengan adat istiadat.
court dresspakaian istanaKesenianTiadaPakaian dan alatan yang digunakan untuk adat istiadat harian dan istiadat tertentu di dalam istana semasa menghadap raja.
desuetudepupusanSejarahTiadaSesuatu yang telah lama ditinggalkan, tidak diamalkan lagi, tidak berfungsi dan pupus sama ada peraturan atau adat istiadat.
ceremonial orderperaturan istiadatSejarahTiadaPeraturan atau undang-undang yang ditetapkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat.
chronicle playlakon kronikal; drama sejarahKesusasteraanTiadaDrama yang mengutamakan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam pemerintahan seorang raja. Lebih banyak memperlihatkan kebesaran dan kehebatan sesuatu peristiwa adat istiadat pertabalan dan sebagainya.
legitimate powerkuasa sahPentadbiranTiadaAutoriti yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu pihak dalam melaksanakan pemerintahan, governan ataupun pentadbiran, berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan, undang-undang atau adat istiadat. Kuasa ini memberi individu atau pihak tertentu hak untuk merancang, mentadbir dan membuat pelbagai keputusan penting bagi organisasi atau negara. Walau bagaimanapun, kuasa ini mempunyai had tertentu menurut bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepadanya. Kuasa ini diberikan secara sah melalui pelantikan, warisan, pengundian mahupun secara giliran. Dengan kuasa ini orang ramai dikehendaki akur dengan keputusan yang telah dibuat.
Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)EkonomiEkonomi IslamInstitusi pajak gadai Islam pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada Januari 1992 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. Penubuhannya berteraskan konsep rahnu dan qardul hasan. Fungsi awal penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah caj kadar bunga tinggi yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional di samping mengelakkan riba.
betel leaf holdertepak sirihArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSimbol pembuka kata atau pencuci mulut selepas makan. Tepak sirih digunakan dalam adat perkahwinan semasa upacara peminangan dan pernikahan, serta istiadat menerima tamu. Sesuai dengan fungsinya untuk mengisi daun siri, bahagian tepak dibentuk dengan ruang petak tertentu yang mengandungi beberapa bekas seperti bekas sirih, bekas pinang, bekas kapur, bekas gambir, bekas tembakau, bekas bunga dan sebagainya. Tepak sirih juga digunakan dalam adat istiadat perkahwinan diraja dan diperbuat daripada bahan perak.
symbolismperlambanganKesenianSeni BinaPenggunaan sesuatu lambang atau simbol untuk melahirkan sesuatu idea atau maksud yang jauh lebih mendalam dan signifikan. Ia merupakan satu gagasan pemikiran yang menjurus kepada pemberian lambang terhadap sesuatu unsur yang dianggap unggul atau bersifat suci bagi tujuan untuk mengambarkan kehadiran unsur tersebut. Dalam seni bina, pendekatan perlambangan cuba untuk menzahirkan kehadiran unsur dan menunjukkannya dalam bentuk lambang atau kiasan, sama ada pada mukaan bangunan atau bentuk bangunan. Perlambangan dalam seni bina tradisional Melayu misalnya, dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti binaan, adat istiadat dan juga penggunaan corak dan hiasan. Contohnya, pembinaan ruang anjung dan serambi di rumah-rumah Melayu melambangkan sifat masyarakat yang suka menerima kunjungan tetamu selain berfungsi sebagai tempat berkumpul dan mengadakan aktiviti kenduri-kendara. Contoh lain ialah penggunaan corak ukiran yang berkeluk-keluk dalam keadaan tunduk ke bawah yang melambangkan jiwa dan keperibadian masyarakat M

Kembali ke atas