Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ro.sol] | ايروسول

Definisi : (aérosol) ampaian cecair atau butiran pepejal yg terdapat di udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aerosol


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aerosolacrosolPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAmpaian zarah cecair atau pepejal dalam gas. Aerosol mengandungi propelan lengai yang tercair di bawah tekanan. Alkana berhalogen , seperti diklorodifluorometana, sering digunakan sebagai propelan dan pelarut racun serangga dalam bekas aerosol. Aerosol berhalogen dipercayai kekal terampai dalam atmosfera, dan penggunaan yang berlebih boleh merosakkan lapisan ozon
aerosolaerosolKimiaTiadaAmpaian zarah cecair atau pepejal di dalam gas. Kabus dan asap merupakan contoh aerosol semula jadi, manakala semburan cat, minyak wangi dan racun serangga merupakan contoh aerosol buatan.
aerosolaerosolBiologiEkologiAmpaian cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara. Pada amnya kehadiran aerosol di udara disebabkan oleh penggunaan racun perosak semburan yang berleluasa; keadaan ini mencemari udara serta boleh mengakibatkan penyakit pernafasan, dan barah.
aerosolaerosolBiologiPatologiPerumusan yang terdiri daripada titisan ramuan aktif pestisid yang digunakan dalam bentuk gas. Diameter ramuan aktif perumusan aerosol biasanya tidak melebihi 5 um. kebanyakan bahan pewasap dan racun perosak yang digunakan di rumah dijual dalam perumusan ini.
aerosolaerosolSainsHidrometeorologiSistem koloid yang fasa seraknya terdiri daripada zarah pepejal atau cecair dalam medium gas, biasanya udara. Saiz zarah fasa serak tidak mempunyai had atas yang jelas tetapi, seperti dalam semua sistem koloid, saiz ini biasanya ditetapkan pada 1mm . Jerebu, kebanyakan asap, dan sesetengah kabut dan awan boleh dianggap sebagai aerosol. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak begitu sesuai digunakan untuk awan biasa yang mempunyai titisan yang besar dan tidak menepati konsep kestabilan koloid. Istilah ini juga tidak sesuai digunakan bagi zarah terserak sahaja kerana aerosol merupakan sistem gabungan fasa serak dengan mengambil kira medium serak.
aerosolaerosolPerubatanTiadaSediaan ubat di dalam satu sistem bertekanan tinggi yang menghasilkan partikel halus berbentuk gas. Sediaan ini digunakan untuk menyebarkan disinfektan pensterilan udara, atau untuk rawatan inhalasi seperti dalam penyakit asma. Contoh ubat yang tersedia dalam bentuk aerosol ialah Salbutamol dan Beclomethasone.
aerosolaerosolMeteorologiMeteorologi PerhubunganSistem koloid yang fasa seraknya terdiri daripada zarah pepejal atau cecair dalam medium gas, biasanya udara. Saiz zarah fasa serak tidak mempunyai had atas yang jelas, tetapi seperti dalam semua sistem koloid, saiz ini biasanya ditetapkan pada 1 mm. Jerebu, kebanyakan asap, dan sesetengah kabut dan awan boleh dianggap sebagai aerosol. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak begitu sesuai digunakan untuk awan biasa yang mempunyai titisan yang besar dan tidak menepati konsep kestabilan koloid. Istilah ini juga tidak sesuai digunakan bagi zarah terserak sahaja kerana aerosol merupakan sistem gabungan fasa serak dengan mengambil kira medium serak.
aerosolaerosolKejuruteraanTiadaTiada
aerosolaerosolPerubatanTiadaTiada
aerosolaerosolPerhutananTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas