philosopher | ahli falsafah | Kesenian | Tiada | Tiada |
natural philosopher | ahli falsafah jati | Pendidikan | Tiada | Tiada |
Baconian theory | teori Bacon | Kesusasteraan | Tiada | Teori berasal daripada ahli falsafah Inggeris pada tahun 1926 mengenai kepercayaan dalam idea-idea sahih berdasarkan induksi, pengujian idea-idea yang menggunakan kaedah saintifik. |
phonocentrism | fonosentrisme | Kesusasteraan | Tiada | Perihal tumpuan pada bunyi atau pertuturan. Fonosentrisme merupakan salah satu cabang dalam bidang logosentrisme yang mengutamakan pertuturan berbanding dengan penulisan. Ahli falsafah perancis, Jacques Derrida memperkenalkan istilah logosentrisme apabila beliau membicarakan aspek kebenaran dalam bentuk buah fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan dalam fonosentrisme berdasarkan pandangan bahawa fonosentrisme lebih hampir dengan kebenaran berbanding dengan penulisan. Menurut Derrida, penulisan dianggap asing berbanding dengan pertuturan. Pandangan ini bertentangan dengan pendapat Plato, seorang ahli falsafah purba yang meletakkan tahap pertuturan lebih tinggi daripada penulisan. Lihat juga logosentrisme. |
performative | performatif | Kesusasteraan | Tiada | Sebahagian daripada kaedah mengklasifikasikan ayat. Performatif diperkenalkan oleh ahli falsafah J.L. Austin dan dianggap penting dalam teori aksi pertuturan. Performatif berbeza daripada konstatif, iaitu ayat deklaratif yang memperkatakan tentang situasi, sama ada benar atau salah. Contohnya, �Dr. Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia�. Perfomatif bukan sahaja menyatakan sesuatu tetapi turut melakukan sesuatu secara verbal. Contohnya, �Saya berjanji akan membayar balik wang awak esok�. Dalam performatif, isu penting bagi ayat bukan kebenarannya tetapi keberkesanan ayat itu meyakinkan pendengaran. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk mengkaji sesuatu ayat dalam karya sastera. |
platonism | platonisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek terse |
pensee | pansa | Kesusasteraan | Tiada | Idea bernas yang diungkapkan dalam bentuk yang ringkas, padat, atau secara panjang lebar. Ahli falsafah Perancis, iaitu Pascal mengasaskan bentuk prototipa untuk genre ini dan koleksi pensee, dan hasil karyanya (1670) mengandungi catatan yang mempertahankan agama Kristian. Karya sastera bertajuk The Unquiet Grave (1940) oleh Palinurus (Cyril Connolly) merupakan contoh pansa yang baik. Setiap renungan atau pemeriannya disampaikan secara berasingan tetapi aliran hujah yang khusus dapat dikesan secara jelas dan indah. Pansa berasal daripada istilah Perancis penses yang bermaksud �pemikiran�. |
machiavel | machiavel | Kesusasteraan | Tiada | Watak tipa dalam sesebuah karya yang mendapat namanya daripada Niccolo Machiavelli (1469 � 1527), seorang negarawan dan ahli falsafah di Florence, Itali. Beliau menulis sebuah karya yang mewajarkan konsep �matlamat menghalalkan cara� dalam pentadbiran negara. Bukunya sering dirujuk dalam drama yang dihasilkan pada Zaman Ratu elizabeth 1 pada abad ke-17. Pada zaman tersebut, nama Machiavelli muncul dan dikaitkan dengna sifat kedurjanaan dan kecurangan. Watak penjarah yang terdapat dalam karya tragedi balas dendam dikenali juga sebagai Machiavel. |
universality | kesejagatan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat seni atau sastera yang mengatasi batas-batas ruang dan masa, dan menjadi tarikan kepada manusia sejagat. Longinus, seorang ahli falsafah Yunani mengungkapkan bahawa karya sastera yang bermutu tinggi sentiasa menyenangkan hati semua manusia pada bila-bila masa dan di mana juga. Menurut beliau, sebarang penulisan yang membangkitkan kesan rasa yang dapat dikongsi bersama dan berkekalan, mempunyai unsur dan nilai kesejagatan. Kesejagatan ditampilkan dengan kehadiran pelbagai sifat, idea, nilai dan keperluan asasi manusia yang dapat dikongsi bersama. Antara ciri utama yang memperlihatkan kesejagatan dalam sastera ialah watak manusia yang sentiasa berusaha mencari kebahagiaan, atau manusia yang terlibat dalam pertarungan antara kebaikan dengan kejahatan. Ada pendapat yang menganggap bahawa penampilan tipa induk dalam karya sebagai ciri kesejagatan kerana kaitannya dengan ingatan tidak sedar kolektif manusia. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin universalis yang bermaksud �semua, secara kolektif, dan |
aesthetics | estetika | Kesenian | Drama dan Teater | Piawai keindahan dalam seni persembahan seperti teater yang mengukur keupayaan pengamatan khalayak terhadap sesebuah karya drama. Estetika mula digunakan pada pertengahan kurun ke-18 oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Alexander Gottlieb Baumgarten (1714 − 1762). Contohnya, teori Rasa dari India yang meletakkan emosi sebagai kriteria dalam penentuan kebahagiaan yang luar biasa. |