Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg dipilih utk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli jawatankuasa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
umpirepengadil; wasiatSukanTiada1. Pengadil: Pegawai rasmi yang memastikan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengelolakan sesuatu permainan, atau gelanggang dan persekitarannya, dan membuat pelaporan kepada referi atau salah seorang ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab.
County CouncilMajlis KawasanPentadbiranTiadaBadan atau organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran sesebuah kawasan di bawah bidang kuasanya. Majlis kawasan mempunyai peranan dan fungsi tersendiri seperti menyelenggara sistem perparitan dan saliran, menyediakan kemudahan kesihatan, taman permainan, dan mengendalikan hal ehwal kebersihan. Majlis ini mempunyai kuasa untuk menjana pendapatan sendiri selain peruntukan dari kerajaan negeri. Terdapat beberapa kategori majlis kawasan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis ini mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan diselaras melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.
preliminary conventionkonvensi awalSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan yang diadakan sebagai persediaan dan pengemasan kerja sebelum persidangan utama diadakan oleh sesebuah pertubuhan khususnya parti politik. Persidangan awal ini sering menampilkan perbincangan agenda dalam persidangan utama kelak, mesyuarat bagi lembaga pengarah atau ketua-ketua negeri atau Exco tertinggi dan perbincangan mengenai perbelanjaan persidangan serta jadual kerja untuk persidangan ulama nanti. Persidangan awal ini dihadiri oleh perwakilan atau ahli jawatankuasa yang terpilih sahaja dan tidak menjemput semua ahli biasa. Contohnya, Parti Demokratik Amerika Syarikat peringkat negeri akan mengadakan konvensi awal ini menjelang persidangan tahunan parti tersebut. Sinonim persediaan awal.
ethics committeejawatankuasa etikaPerubatanTiadaJawatankuasa yang dibentuk oleh sesebuah institusi untuk mengawal selia penyelidikan dari segi etika agar penyelidikan tersebut tidak bertentangan dengan nilai-nilai peradaban, moral, agama dan norma sesuatu tempat sama ada yang melibatkan manusia atau binatang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli daripada pelbagai bidang seperti sains, perubatan, undang-undang, agama, sosial serta orang awam agar semua aspek etika penyelidikan dapat diteliti. Setiap penyelidikan terhadap manusia atau binatang perlu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan.
Independent Ethics Committee (IEC)Jawatankuasa Etika Bebas (IEC)HerbaPeraturan dan PemasaranBadan bebas pada peringkat institusi atau kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan hak, keselamatan dan kesejahteraan subjek manusia yang terlibat dalam ujian klinikal dan memberi jaminan kepada orang ramai mengenai perlindungan ini. Jawatankuasa Etika Bebas terdiri daripada ahli profesional perubatan atau ahli sains sahaja. Jawatankuasa ini bertindak menilai dan mengesahkan protokol ujian klinikal, kesesuaian penyelidik, kemudahan, kaedah dan bahan yang digunakan untuk mendapatkan dan mendokumenkan persetujuan termaklum yang diperoleh daripada subjek ujian klinikal.
political recruitmentpengambilan politikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menarik orang baru atau golongan lebih muda supaya melibatkan diri secara aktif dalam politik. Proses ini boleh berjalan secara rasmi seperti kempen pengambilan ahli atau jawatankuasa baru oleh parti politik, dan boleh juga secara tidak rasmi atau tanpa sedar seperti timbul kesedaran orang ramai yang kemudian memilih menyertai parti politik atau NGO untuk bergerak aktif. Bentuk pengambilan ini boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain bergantung kepada sistem dan budaya politik, latar belakang masyarakat, sejarah negara, taraf hidup dan ekonomi negara. Proses ini lebih longgar dalam negara demokrasi dan lebih terkawal dalam negara komunis dan autoritarian lain. Contohnya, pengambilan politik dalam politik Malaysia berjalan secara tidak rasmi apabila rakyat dibolehkan menyertai mana-mana parti politik yang disukainya pada bila-bila masa.
steering commiteejawatankuasa pemanduKejururawatanTiadaSekumpulan anggota yang bukan ahli kumpulan projek, memantau, memberi nasihat dan menentukan projek mencapai matlamat.
Select CommitteeKawatankuasa PilihanUndang-undangTiadaJawatankuasa yang ditubuhkan oleh sesuatu majlis mesyuarat badan perundangan dan dianggotai oleh ahli majlis itu, khusus untuk membincangkan perkara tertentu yang diserahkan kepadanya oleh majlis itu.
state executive councilmajIis mesyuarat negeriSains PolitikPolitik PerbandinganSatu badan atau jawatankuasa yang memiliki kuasa eksekutif dalam sesebuah negeri yang mengamalkan sistem negara persekutuan dan demokrasi berparlimen. Anggota majlis ini dilantik daripada kalangan ahli dewan perundangan atau dewan undangan negeri yang menguasai majoriti dewan. Mereka melaksanakan pemerintahan di peringkat negeri seperti yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri dengan mengagih-agihkan portfolio seperti Exco kewangan, pertanian, pendidikan, perumahan, alam sekitar dan sebagainya, sebagaimana tugas anggota kabinet di peringkat pusat. Contohnya, setiap negeri di Malaysia mempunyai majlis mesyuarat negeri masing-masing.
Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial InstitutionsOrganisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan IslamEkonomiEkonomi IslamBadan penyelaras piawaian perakaunan dan pengauditan yang berpusat di Bahrain. Organisasi ini bertujuan mengeluarkan piawaian perakaunan antarabangsa mengikut kerangka syariah untuk diguna pakai oleh institusi kewangan Islam. Organisasi ini dianggotai oleh beberapa ahli sukarela yang mewakili pengguna penyata institusi kewangan Islam, akauntan, jurubank, ahli akademik, ahli syariah dan badan pengawal selia. Organisasi ini dipantau oleh jawatankuasa syariah yang menilai piawaian dan memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan syariah. Singkatan AAOIFI.
12

Kembali ke atas