brewer | pembru | Sosiologi | Tiada | Pembancuh kopi yang menggunakan wap air untuk membancuh kopi. |
drip coffee maker | pembancuh kopi titis(an) | Sosiologi | Tiada | Pembancuh kopi yang menggunakan kaedah titisan air panas. |
caffeine | kafeina | Kimia | Biokimia | Alkaloid purina berwarna putih, tidak berbau, larut di dalam kloroform, larut sedikit di dalam air, alkohol dan eter, dan berkeadaan peroi di dalam udara. Sebatian bisiklik ini banyak terdapat di dalam biji dan daun kopi, daun teh, dan digunakan sebagai perangsang dalam sistem saraf pusat. |
predisposing factor | faktor penggalak | Pertanian | Agronomi | Faktor yang menyebabkan kekurangan daya tahan tumbuhan terhadap serangan penyakit. Faktor tersebut termasuk kekurangan nutrien dan air serta kecederaan pada tumbuhan yang mendedahkannya kepada jangkitan kulat dan serangga perosak. Keadaan air yang bertakung juga merupakan faktor penggalak yang menyebabkan akar tanaman mudah diserang kulat dan serangga perosak. Contohnya, faktor penggalak bagi penyakit akar perang yang disebabkan oleh kulat Ganoderma pseudoferreum pada koko, kopi dan getah ialah keadaan tanah yang lembap. |
freeze drying | pengeringan sejuk beku | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah pengeringan yang mengeluarkan air daripada bahan, dalam keadaan bahan itu di bawah suhu beku. Kaedah ini digunakan untuk menyimpan bahan makanan seperti buah-buahan yang dijadikan makanan ringan, dan juga untuk bahan herba yang tidak boleh dikeringkan dengan menggunakan haba oleh sebab kandungan aktifnya akan hilang jika dipanaskan. Contohnya, kopi segera dihasilkan dengan menggunakan kaedah pengeringan sejuk-beku. Contoh lain ialah buah-buahan seperti durian, strawberi dan jambu. |
guanosine | guanosina | Kimia | Biokimia | Nukleosida yang berbentuk serbuk berhablur putih, tidak berbau, mempunyai rasa garam, larut di dalam air, asid galian cair, asid asetik panas dan bes cair, tetapi tidak larut di dalam alkohol, eter kloroform dan benzena. Sebatian yang terdiri daripada guanina dan D-ribosa ini terdapat di dalam pankreas, pokok kopi dan debunga pokok pain. |
caffeine | kafeina | Kimia | Tiada | Sebatian alkaloid, formula C8H10N4O2 dan takat lebur236.8oC bagi hablur monohidratnya, wujud dalam bentuk hablur panjang yang berlenturkan, berasa pahit, larut di dalam kloroform dan larut sedikit di dalam air dan alkohol. Sebatian ini diperoleh daripada pengekstrakan biji kopi, daun teh atau kacang kola dan boleh juga disediakan secara sintetik. Kafeina digunakan di dalam minuman dan ubat-ubatan sebagai bahan perangsang dan diuretik. |
industry group | kumpulan industri | Ekonomi | Tiada | Sekumpulan keluaran industri yang seakan-akan sama dan boleh mengganti atau bersaing antara satu sama lain. Misalnya, industri minuman adalah satu kumpulan industri yang mengandungi berbagai-bagai air minuman ringan, bir dan wain, industri makanan mengandungi pelbagai jenis makanan seperti roti, ikan dan sayur yang ditin, minyak dan lemak makanan, aiskrim dan susu, tepung, biskut, serbuk kopi, gula dan sebagainya. |
flash boiler | dandang marak | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Bekas bendalir masuk (saluran paip) dengan tekanan berada di bawah titik pendidihan. Apabila bendalir masuk ke dalam bekas ini, bendalir itu akan mendidih dan menjadi stim. Dandang marak boleh digunakan dalam mesin pembuat kopi segera dan juga alat pelembab udara. Dandang dengan tiub panas berkapasiti kecil ini direka bentuk untuk memanaskan dan menukarkan sejumlah air dengan segera dan menghasilkan air panas atau stim. |